Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar kembali ke lokasi penggambaran apabila membintangi drama kedua berjudul Kisah Cinta Rumi. Sebelum ini, penyanyi lagu Luluh itu pernah membintangi drama Satukan Rasa bergandingan dengan Siti Nordiana pada 2019.
Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin mengakui, dia malu melihat lakonannya, selain tiada jiwa ketika membintangi drama sebelum ini. "Namun, situasi pandemik COVID-19 memerlukan saya mencari ruang dan peluang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya tidak boleh mengharapkan dunia nyanyian lagi. "Mungkin inilah masa terbaik untuk menggali bakat lakonan. Pada masa yang sama, saya juga diberi peluang menyanyikan lagu runut bunyi drama Kisah Cinta Rumi.
"Saya akui, jiwa saya lebih ke arah nyanyian. Walaupun ramai peminat menyokong dan suka melihat saya berlakon, tetapi saya tidak boleh cepat selesa dengan apa yang ada," katanya kepada BH Online. Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH sebanyak tiga kali itu berkata, dia memegang watak Mika dalam drama 13 episod arahan Idora Abdul Rahman.
|
Kurex replied at 8-3-2021 05:25 PM
Cuba bagi jantan sebagai pasangandia, kompommmmm berjiwa!
one_aiman replied at 8-3-2021 07:30 PM
ketahuilah, dalam drama yg dulu tu bukan awak sorang yg tiada jiwa
Perawankota replied at 8-3-2021 07:57 PM
Heroin dia pon sama ekkk
missmeornot replied at 9-3-2021 09:45 AM
Heroin dia sbb partner dgn khai ni la. Kalau dgn pelakon hebat ok je esp dgn alep
ADVERTISEMENT