CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Itu Hak Saya," - Fathia Latiff Jawab Isu Suntik Filler

8-3-2021 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14853| Komen: 89

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Fathia Latiff menyifatkan dia mempunyai pilihan untuk melakukan apa sahaja selagi ia tidak memberi kemudaratan kepada dirinya.

Fathia, 34, atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff baru-baru ini mendapat kritikan segelintir warganet apabila memuat naik video seterusnya mempromosikan kaedah rawatan aestetik ‘filler’ di bahagian rahang di media sosial.

Katanya kepada MH, dia tidak boleh berbuat apa-apa andai ada pihak yang tidak suka terhadap apa yang dilakukannya itu.


Foto: IG

“Itu hak saya. Mungkin ada yang tidak suka dan sebaliknya. Kalau yang suka, saya gembira kerana saya seperti motivasikan mereka untuk tampil lebih cantik. Bagi yang tidak suka, saya tak boleh nak buat apa.


“Ia tidaklah ketara perubahan yang dilakukan. Bila buat rawatan dan amalkan jamu, ia lebih berganda.

“Malah saya sering muncul di kaca televsyen dan sosial media. Orang nak tengok saya dan saya kenalah tampak cantik. Ini adalah sebahagian daripada kerja saya. Pekerjaan saya membuatkan saya perlu tampil lebih berbanding orang lain,” katanya.

Dia pada masa sama juga tidak kisah jika ada yang memandangnya dari sudut negatif.

“Saya tidak kisah. Malah dari dulu pasti ada yang pesimis. Namun dalam sisi lainnya, mereka seolah-olah buatkan saya untuk jadi lebih kuat,” katanya lagi.

Terdahulu, pelakon drama Ariana Rose ini ditemui pada majlis pelancaran kiosk pertama Jamu Dara Cantik by Fathia Latiff di Setapak Sentral, pada Jumaat.

Berkongsi mengenai kecintaan kepada dunia perniagaan jamu ketika ini, Fathia mengakui idea tersebut tercetus setelah sering melakukan promosi produk termasuk jamu sejak sekian lama menerusi platform media sosial miliknya.

“Sebelum ini saya sering lakukan reviu dan daripada situlah saya mulai kumpul kekuatan dan keyakinan untuk buka sendiri kiosk jamu untuk dijual kepada peminat.

“Memang tidak dinafikan daripada segi ‘branding’, nama saya lebih kuat di media sosial. Bagaimanapun diri sendiri, saya lebih senang jualnya secara fizikal.

“Proses untuk bukanya tidaklah ambil masa yang lama iaitu lebih kurang sebulan sahaja. Saya bertuah kerana ada rakan kongsi, Anis yang banyak berikan sokongan.

“Dia juga ada kiosk kecantikan sendiri dan kami sudah pun kenal lama. Malah ketika aktif berlakon sebelum ini, saya selalu juga beli jamu darinya.

“Alhamdulillah pembukaan ini dipermudahkan. Selain itu saya juga ada produk sendiri iaitu minyak wangi dan biskut. Target saya untuk buka lebih banyak kiosk seperti ini, khasnya di pusat membeli-belah di kawasan bandar.

“Saya memang amalkan jamu sejak berusia 20 tahun dan syukur pada usia sekarang pun saya masih lagi aktif dan bertenaga. Jadi memang nak kongsi akan kebaikan amalan jamu ini kepada semua,” katanya yang turut berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas ini. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 8-3-2021 05:33 PM
Fathia slh seorg yg membuktikn kecantikan xkn kekal..
Quote rajamoney 8-3-2021 06:12 PM
mmg la hak ko

org suka ke tk hak org la pulak
Quote airmineral 8-3-2021 06:28 PM
syg betul tekya ni
Quote apedehal 8-3-2021 06:34 PM
Toksah la mkn jamu pebenda ni..kalau ada sakit2 pempuan nnt..ko pegi la jumpa 3 4 org doctor pun soklan pertama deyol mst ko ada amek apa2 produk/jamu x gitew
Quote apedehal 8-3-2021 06:35 PM
Nk tnya masa tekya bertenaga berbigo tunjuk tetek tu sbb mkn jamu ka?
Quote missus_meow 8-3-2021 06:50 PM
nape nk berfiller ...
Quote Incanto 8-3-2021 06:51 PM
serious...gambar atas tu nampak mcm umur 40 lebih
Quote bambimo 8-3-2021 07:16 PM
Filler tu boleh buat ada double chin ke.. Aku tnya je ni?
Quote giyomi 8-3-2021 07:27 PM
haiyoo napa makin buruk. isi lar apa sekali pon tp pls make sure ianya jadi, jgn wat smpi scary
Quote namemysoul 8-3-2021 07:29 PM
Incanto replied at 8-3-2021 06:51 PM
serious...gambar atas tu nampak mcm umur 40 lebih

Btol....huhuhu dl pokok ske watak die dlm ariana rose....
Quote makneng 8-3-2021 07:33 PM
Wpun berfiller bagai.. Wajah tua makin terserlah... Baik uolls tua secara alami jah tekyah
Quote miznora 8-3-2021 07:40 PM
Kebetulan gambar ni buruk pulak. Ni slps ko cucuk filler ke. Ternyata filler gagal total
Quote Perawankota 8-3-2021 07:55 PM
X nmpk beza pon
Quote mrsbale 8-3-2021 08:00 PM
Takziah kpd muka asal FL nih. Muka pre-popular.

Tingat 1st tgk muka tu masa iklan pantene ke ape dulu. Mmg kagum sgt kecantikan.

Sekrg tgk muka baru, erkkkkkk




Quote Tinot7 8-3-2021 08:10 PM
Ni baru umo 34.. nnt bila umo cecah 40an, cane la agaknya..
Patut amik benda2 semulajadi je.. tak cukup job ka?
Quote tuntasha 8-3-2021 08:14 PM
Ooohh tk lawanya kau TeeTee.

Kalau kau bayar treatment ni ask for refund.
Kalau free, kau stop treatment.

Quote enot_sibudak 8-3-2021 08:16 PM
cukup syg la fathia.. dlm ariana rose skit punya jelita... adik dia yg jd doktor tu lawa btl.. muka mcm dia muda2 dulu.. salah langkah hbs trus.. klu dia pandai control dia mendunia dh skrg...
Quote bintangct 8-3-2021 08:24 PM
34 dahhh.. tua dah.. dh bole pikiaq sendiri lah kak oii.. dah tak lawa mana pun wlpun cucuk2 bagai
Quote Carcosa 8-3-2021 09:31 PM
Teruk nya muka dia dlm gambar atas tu. Mcm makcik2 jual tudung kat Pertama Kompleks

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.093377 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top