CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Karipap Pusing Kuna Laris Sepanjang PKP, Sedih Dengan Nasib Kru Produksi

9-3-2021 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3671| Komen: 8

Pelakon Kuna Muzani berasa lega apabila kebanyakan sektor ekonomi negara kini sudah mula dibuka di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) sejak Jumaat lalu.


Ini kerana menurut Kuna atau nama sebenarnya, Tengku Sarina Tengku Muzani, 50, dia sedih mengenangkan nasib rakan-rakan kru produksi yang 'terseksa' untuk meneruskan kehidupan seharian ketika aktiviti penggambaran filem dan drama dihentikan bulan lalu.

"Alhamdulillah sepanjang tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) saya ada berniaga karipap pusing, syukur laris dan dapat sambutan menggalakkan.

"Cumanya, saya lebih kasihan dengan rakan-rakan kru produksi, mereka yang bekerja di belakang tabir ini.

"Pendapatan mereka berapa sahajalah, sampaikan ada yang tak mampu untuk beli susu anak, ada pula yang tak boleh bayar sewa rumah sampai dihalau keluar," katanya kepada mStar.


Kredit foto: mStar Online



Kuna ditemui pada majlis pelancaran koleksi busana raya, 9 Generasi rekaan pereka fesyen Azirun Ramly yang berlangsung di Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Kuna, jenama berkenaan turut menampilkan kolaborasi bersama tiga lagi artis tempatan iaitu Ayu Damit, Hafreez Adam dan Rykarl Iskandar.

Memahami kesukaran yang dialami rakan-rakan belakang tabir, pelakon drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini bersama rakan-rakannya berganding bahu dengan menjalankan misi bantuan untuk golongan yang lebih memerlukan.


Kredit foto: mStar Online

"Siapa lagi hendak bantu rakan-rakan kita kalau bukan diri kita sendiri? Jadinya, saya kutip duit setiap bulan bersama rakan-rakan artis untuk beli barang dapur dan kemudian diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

"Dalam masa sama, kami turut sedekah untuk anak yatim dan ibu tunggal serta pelajar universiti.

"Sedih saya... yang mana boleh kami boleh bantu, memang kami akan cuba usahakan juga sebaik mungkin untuk golongan-golongan yang terkesan ini," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 9-3-2021 12:33 PM
org tua2 kata jngn mkn karipap pusing bnyk2

nnti pening
Quote caprut 9-3-2021 12:37 PM
Yg ko tk habes2 dok ckp kesian dkt krew2 tu knp selama ni sbelom covid korg tk bising? Yela, sbb msa tu korg senang. Phuihh
Quote salmon-suki 9-3-2021 12:58 PM
Sedapnya karipap pusing..buttery n inti penuh..bila dimakan,ummppppp..hancur di mulut..terus masuk perut..hihihi~
Quote Redmyvi 9-3-2021 12:59 PM
kuna, kuza dan kuni... tak silap depa ni mmg rjin meniaga makan
Quote kucingitam 9-3-2021 01:56 PM
asal tgk kuna je aku teringat filem rock oo.. time dia bercinta dgn Black.
Quote SayaSayangMama 9-3-2021 08:48 PM
Diorg adik beradik semua berlakon helok
Quote dudaberhias 9-3-2021 08:52 PM
Iols hari2 beli karipap pusing dah jemu ka pulak walaupun memang sedap makcik tu punya karipap
Quote bedahmenjuyah 9-3-2021 09:51 PM
Teringat dulu dia berlakon jd mak Nora elena. Lawa la jugak kuna ni tp bila tgk yg jd bapak siti saleha tu, mana mungkin depa akan ada anak secantik itu di alam realiti.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.098631 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top