PEMBEDAHAN kosmetik atau pembedahan plastik terbahagi kepada dua: i. Merawat rupa luaran manusia disebabkan kecacatan semula jadi. ii. Mengubah atau menambahkan kecantikan luaran atas kehendak nafsu. Hukum prosedur pembedahan plastik bergantung kepada niat dan tujuan ia dilakukan. Diwajibkan Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat. Diharuskan Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh. Diharamkan Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya. Nas mengharamkan pembedahan plastik bertujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT: "Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan: “Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119) Terdapat juga hadis menyebut: “Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani) Sumber : http://hukumpembedahanplastikmenurutislam.blogspot.com
|
LadyCarefree: Jehar derus ni apa pon haram. Buat lawak lucah rendahkan martabat wanita tu xharam.
LadyCarefree replied at 9-3-2021 08:59 PM
Jehar derus ni apa pon haram. Buat lawak lucah rendahkan martabat wanita tu xharam.
ussopp replied at 16-3-2021 11:20 AM
tengok lah.....kalau selari dengan agama maksudnya bukan citarasa dia tapi dia menyampaikan ilmu d ...
LadyCarefree replied at 17-3-2021 12:37 AM
Kebanyakan apa dia cakap pendapat dia ie interpretasi dia.
ussopp replied at 22-3-2021 12:11 AM
takpa yg penting pendapat Allah bukan pendapat dia
ADVERTISEMENT