CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

RTM Siar Cerita Best Tahun 80an Dan 90an, Ramai Yang Minta Cerita Kegemaran Diulang Tayang

10-3-2021 08:28 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 94008| Komen: 426|Original author: Oleh: Cari-Azza






Berita baik bagi yang membesar diera 80an dan 90an apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan program hiburan di tahun tersebut di saluran terbaharu yang dikenali sebagai TV6.

Oleh itu, RTM sedang melakukan siaran percubaan bermula 1 Mac baru-baru ini sebelum tarikh siaran bermula 1 April nanti.

Jadi, ramai netizen meminta rancangan kegemaran mereka untuk disiarkan di TV6 nanti.


Foto :Twitter


Ada juga yang meminta rancangan kanak-kanak seperti Siti Di Alam Fantasi, animasi Sang Wira, kartun tomatoman dan cybercop.

Manakala rancangan nyanyian seperti Hiburan Minggu Ini dan Mekar Sejambak turut dipohon oleh mereka yang pernah mempunyai kenangan bersama.

Foto : FB


Tidak hanya itu, drama-drama lama tempatan seperti PJ Holdings, Opah, Santan Berlada dan slot spektra turut mendapat permintaan yang tinggi.

Foto : wiki


Lebih-lebih lagi bagi drama bersiri Inggeris seperti Manimal, Bionic Woman, I dream of Jennie, Cave Of The Golden Roses dan sebagainya.

Ramai yang teruja dan memohon agar ianya turut disiarkan di platform lain memandangkan tidak mempunyai televisyen.

Foto : Twitter

Jadi, apa rancangan yang anda nak tonton di TV6, bagitahu kami. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 10-3-2021 08:40 AM
Best la kalau boleh request..skrg i suka lyn drama2 n movie2 lama thn 1960an..70/80an..kat channel hits astro..
Quote ais_kosong 10-3-2021 08:43 AM
Bolehlah mengimbau kenangan dulu
Quote zad78 10-3-2021 08:46 AM
nak citer PENDEKAR KUNDUR noookssss
Quote asudau 10-3-2021 08:49 AM
kalau cerita zaman awal 80 an, cerita setinggan ke, sikit punya gila ke..toyol ke best jugak kan
Quote azimodin 10-3-2021 08:52 AM
asudau: kalau cerita zaman awal 80 an, cerita setinggan ke, sikit punya gila ke..toyol ke best jugak kan

Setinggan, sikit punya gila, tuan badul & filem2 80-an selalu gak tayang kat astro citra. Tapi kalau rtm yg tayang lagi best la sebab boleh tengok free
Quote mily 10-3-2021 08:53 AM
Cite drama jepun...
Maero attack,
Kiyoshi bin bin
Gto
Beautiful life
Ice world
Beach boys
Strawberry shortcake..

Anime2
Bleach
Lost universe
Cardcaptor sakura
Dragon ball

Huhu... Kalau ulang balik bahagianya...
Quote hayrin86 10-3-2021 08:53 AM
Mungkin saluran TV6 boleh berubah orientasi apabila penyiaran sebenar bermula.. Saluran TV6 milik RTM apabila penyiaran sebenar bermula, lebih sesuai menyiarkan banyak anime Jepun di samping animasi tempatan sebab saluran terbaru RTM ini adalah berasaskan angka.. Lebih bagus kalau RTM melancarkan saluran TV4 (Bahasa Melayu), TV5 (Bahasa Cina), TV10 (hiburan umum Inggeris ala-ala Star World) dan saluran keagamaan kelolaan sendiri.
Quote umbut 10-3-2021 08:54 AM
asudau replied at 10-3-2021 08:49 AM
kalau cerita zaman awal 80 an, cerita setinggan ke, sikit punya gila ke..toyol ke best jugak kan

Tu semua ada kat youtube
Quote mily 10-3-2021 08:54 AM
Cite drama jepun...
Maero attack,
Kiyoshi bin bin
Gto
Beautiful life
Ice world
Beach boys
Strawberry shortcake..

Anime2
Bleach
Lost universe
Cardcaptor sakura
Dragon ball

Huhu... Kalau ulang balik bahagianya...
Chnl ni dah masuk dlm astro ke nnt?
Quote buragazz 10-3-2021 08:55 AM
Moero Attacck & V tolong lah RTM aku memang minat giler 2 citer ni...
Quote umbut 10-3-2021 08:56 AM
Aku nak tgk drama rtm tahun 80an... nasi tumpah... yg citer pasal lintah.. drama adam hawa lakonan khaty ibrahim ngan ridzuan hashim..banyak lagilah x ingat.. cam filem jepun lama tu leh tgk kat kissasian cam gto beach boys bagai
Quote JalaEmas 10-3-2021 09:01 AM
uish tu aziz singah dgn toksop ke.. wahh.. hensem jgk ye toksop
Quote bambimo 10-3-2021 09:03 AM
Edited by bambimo at 10-3-2021 09:04 AM

Nasi nya tumpah tu buat meols trauma nak makan cendawan
Kalo jepun 101 kamie no purposes yang ada lagu ost say yes chage and aska..
Quote bolamata 10-3-2021 09:04 AM
umbut replied at 10-3-2021 08:56 AM
Aku nak tgk drama rtm tahun 80an... nasi tumpah... yg citer pasal lintah.. drama adam hawa lakonan k ...

cerita pasal lintah sampai sekarang masih ingat... yang perempuan tu mengandungkan lintah rupanya... time tu sekolah rendah lagi.. lagi satu, ada cerita hantu yang awal2 intro tunjuk muka kepala pontianak besar kecil besar kecil.. menjerit2 takut peluk abah time tu.. memang best la cerita dulu2...
Quote nipskacang 10-3-2021 09:06 AM
Sy nk cte the nannyyyyyy
Quote umbut 10-3-2021 09:07 AM
JalaEmas replied at 10-3-2021 09:01 AM
uish tu aziz singah dgn toksop ke.. wahh.. hensem jgk ye toksop

Hensem ler... keturunan pakistan... tapi gen paki x turun kat shamsul..
Quote umbut 10-3-2021 09:11 AM
bolamata replied at 10-3-2021 09:04 AM
cerita pasal lintah sampai sekarang masih ingat... yang perempuan tu mengandungkan lintah rupanya. ...

Dulu byk drama hantu.. tapi x ingat tajuk.. kisah yg accident.. tapi x sedar diri dah mati.. balik umah.. mak buat x tau sebab x nampak... lagi satu lakonan nadia ngan aman shah... gf mati tapi roh dtg balik nak bagi tau hal sebenar... kak pit mesti tau tajuk2 tu.. heh heh
Quote cicicumel 10-3-2021 09:11 AM
ayoo yg request semua ni umur skrg dh berapa?
Quote imanamsyar 10-3-2021 09:16 AM
mily replied at 10-3-2021 08:54 AM
Cite drama jepun...
Maero attack,
Kiyoshi bin bin

long vacation --hensem takuya kimura..dulu la...sekarang xtau camna rupa dia..hahaaa

Lihat semua komen(426)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.113415 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top