Riena Diana mendedahkan individu tidak dikenali menghantar mesej berbaur lucah menerusi ruangan direct message (DM) di Instagram. Berang dengan insiden itu, pelakon dan penyampai radio berkenaan berpendapat individu seperti ini tidak sepatutnya diberi ruang kerana kelakuan mereka semakin melampau.
“Kat bio itu elok dah ingat Allah, tapi bila DM, berbeza betul ek? “Orang macam ini jangan dibiarkan, sorok di sebalik akaun palsu dan kalau dibiarkan lama-lama gambar mengarut lagi dia hantar. Keji la!” tulisnya. Perkhabaran tersebut dikongsikan ’geng’ baru stesen radio Hot FM itu menerusi ruangan Instagram stories. Malah, Riena juga mendedahkan individu tersebut turut berkongsi gambar minyak pelincir bersama minuman tenaga. Sementara itu, mStar melaporkan pelakon yang popular menerusi drama Kampung People ini turut memaklumkan dirinya telah menyekat akaun tersebut yang disifatkannya mempunyai masalah mental.
Tak sanggup kalau dapat lagi mesej seperti itu, katanya. “Mula-mula dia mesej saya tak layan… selepas itu, dia hantar pula gambar sebegitu. Bila saya tengok gambar yang diberikan dan ia sebenarnya gambar kaki dia. “Memang saya takut dan terkejut la sebab ingatkan dia ambil gambar bawah (kemaluan)… bila tengok profile, siap tulis ‘thank you Allah’ tapi berperangai buruk macam itu. Bagi saya, ia sangat keji!,” katanya lagi. Sumber: Media Hiburan
|
pestol replied at 10-3-2021 12:14 AM
https://www.instagram.com/nigelnajid/
https://twitter.com/NajidNigel
newyork replied at 10-3-2021 07:30 AM
Apasal tak hensemm ni.. pagi2 dah loya tekak..
ADVERTISEMENT