CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Pernah Jangka Mufti Perlis Pilih Untuk Berbohong" - Mujahid

10-3-2021 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3514| Komen: 12

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mendakwa Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbohong dalam isu pertemuan dengan pendakwah Islam dari India Dr. Zakir Naik.



Kredit foto: IG Dr MAZA/IG Mujahid

Naib Presiden Amanah itu mendakwa terdapat pemalsuan fakta dalam program sembang santai isu semasa bersama Mufti Perlis yang disiarkan secara live pada 7 Mac pukul 9.30 malam.

“Ada beberapa perkara yang saya sedia jangkakan dari peribadi sahabat saya Mufti Perlis tetapi saya tidak pernah menjangkakan Mufti Perlis memilih untuk berbohong secara umum mengatakan saya enggan bertemu dengan Dr Zakir Naik.

“Ini bukan lagi membina persepsi tetapi pembohongan yang tidak sepatutnya menjadi contoh dari sosok tubuh seorang Mufti.

“Pada 13 Mac 2019 bertempat di Pejabat JAWI, Wilayah Persekutuan, saya bertemu dengan Dr Zakir Naik. Saya menjelaskan sikap kerajaan tentang kenyataan kontraversinya dan berkesempatan menjelaskan dasar RLA kepadanya, kata Mujahid dalam satu hantaran di Facebook.


Menurutnya, pertemuan dengan pendakwah kontroversi itu berjalan dengan penuh kemesraan dan mereka menikmati makan tengahari bersama sambil bertukar pandangan tentang dakwah dan keberkesanannya dalam masyarakat berbagai agama dan kaum di Malaysia.

Dalam program sembang santai, Mohd. Asri semasa menjawab soalan menjawab soalan tentang isu-isu di bawah Menteri Agama yang lepas menyebut: “Saya bagitahu menteri berkenaan…yang transgender you panggil datang, yang pendakwah ini kalau tak setuju pun panggillah datang. Masa itu tidak mahu, masa tu tak nak”.

Dalam jawapan balasnya, Mohd. Asri menegaskan Mujahid sememangnya memberikan jawapan tidak mahu berjumpa dengan Zakir.

Katanya, Dr Mujahid bertemu dengan transgender Nisha Ayub pada pada 11 Ogos 2018 manakala isu berkaitan Zakir panas pada Julai 2018.

“Saya sebenarnya tidak mahu memberitahu hal perhubungan secara peribadi. Namun, memandang Dr Mujahid telah menulis, saya terpaksa menyebut di sini dan beliau mengetahui kebenaran apa yang saya sebut ini.

“Semasa polemik panas isu DZN, saya menghantar mesej peribadi kepada beliau mencadangkan beliau bertemu DZN sendiri. Jawapan beliau kepada saya semasa itu beliau enggan.

“Alasan beliau: “Mereka ini dah macam menyembah Zakir Naik”. Beliau merujuk kepada para pembela DZN. Saya tidak simpan mesej itu lagi. Allah menjadi saksi apa yang saya sebut. Maka, atas alasan inilah, saya menyebut dalam dialog tersebut “masa itu tidak mahu, masa tu tak nak”,” katanya.

Menurut Mohd. Asri, Mujahid hanya bertemu Zakir pada 13 Mac 2019. Pada ketika itu segala bantahan, pengalaman dan persepsi sudah cukup menebal sementara keadaan dan imej Pakatan Harapan di mata majoriti Umat Islam sukar diselamatkan.

Isu berkaitan Zakir menjadi ketika pemerintahan Pakatan Harapan. Beberapa pemimpin PH khususnya DAP menggesa Zakir dihantar pulang ke India selepas terlibat dalam beberapa kontroversi.



Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espri6006 10-3-2021 01:03 PM
erk, mujahid ni taknak tido lagi ke kat dataran??
Quote rajamoney 10-3-2021 01:05 PM
mcm2 gelaran kuar kt mujahid dlm forum

mujahat la mujahil la mujahit la

nasib baik tak mugebe

prffffffght
Quote ajinomotonosuga 10-3-2021 02:49 PM
Anak arwah yusuf rawa...bekas presiden Pas..kalahkan atok kat Kota Star..iman tak di warisi
Quote asamfish 10-3-2021 03:46 PM
Last2 Zakir Naik jugak nnt diangkat jadi hero
Quote jazaa100 10-3-2021 04:35 PM
blh sesapa tlg ringkaskn apa dia ckp.....
tulis point je.....

I is pening....
Quote hatikudus 10-3-2021 04:37 PM
ehhhh hidup lagi dia ni?
Quote perrrghhhh 10-3-2021 07:36 PM
nak percaya sapa ?
Quote cecari 10-3-2021 08:39 PM
asamfish replied at 10-3-2021 03:46 PM
Last2 Zakir Naik jugak nnt diangkat jadi hero

lebih baik dari hang la badigol
Quote n3ar 10-3-2021 10:12 PM
mu jahat la...
Quote budaktua 10-3-2021 10:25 PM
blh tgk youtube dr maza... & penjelasan mengenai hal ini...

sambil2 ikut dgr isu2 lain jugak la....
Quote axl_bach 10-3-2021 10:31 PM
So apa beza zaman PH dgn PN pada Zakir Abdul Karim ni? dia bleh keluar TV ke zaman PN?

Harap kerajaan PN consider bagi slot khas utk Zakir Abdul Karim pada waktu prima di kacatv RTM, untuk bagi ruang kepada beliau berdakwah
Quote kakikuDibibirmu 10-3-2021 11:58 PM
Bahaya dowh kalu Zakar tak Naik-naik

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038834 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top