CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jutawan Diperintah Tanggung Kos Pakaian Mewah Anak 4 Tahun

10-3-2021 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5279| Komen: 26

Seorang jutawan terpaksa membayar lebih 150,000 pound (RM856,567) setahun bagi menampung kos perbelanjaan anak perempuan berusia empat tahun yang memakai pakaian berjenama sejak kecil lagi.   


Lapor Mirror, seorang hakim mahkamah tinggi memerintahkan ahli perniagaan itu membayar jumlah tersebut kepada bekas pasangannya setiap tahun sebagai kos penjagaan anaknya.


Hakim Mahkamah Tinggi London dimaklumkan bahawa budak perempuan kepada pasangan itu sudah mempunyai beg tangan jenama Louis Vuitton. - AFP

Pada sesi pendengaran, Roberts dimaklumkan bahawa kanak-kanak perempuan sudah mempunyai beg tangan jenama Louis Vuitton malah pakaian ski pertamanya berharga hampir 1,000 pound (RM5,710).

Beliau juga memerintah jutawan yang memiliki kekayaan hampir 200 juta pound (RM1.14 bilion) itu membayar yuran sekolah swasta anak perempuannya dan menanggung semua kos tambahan yang munasabah pada bil sekolah. 


Ibu bapa kanak-kanak itu yang pernah tinggal di sebuah kediaman bernilai 4.3 juta pound (RM24.5 juta) di Cheshire Golden Triangle, dilaporkan terlibat dalam pertikaian mengenai wang selepas hubungan mereka selama tujuh tahun terputus.

Roberts memperincikan butiran pertikaian itu menerusi satu keputusan mahkamah yang disiarkan secara dalam talian selepas mempertimbangkan bukti yang dikemukakan pada sesi perbicaraan di London, baru-baru ini.  

Hakim juga memerintahkan lelaki terbabit membayar bekas pasangannya dana perumahan berjumlah 1.6 juta pound (RM9.13 juta), lebih 100,000 pound (RM571,105) untuk membiayai kos perabot dan perbelanjaan lain.

Ahli perniagaan itu juga diperintah memberi sebuah kereta bernilai 110,000 pound (RM628,215) setiap empat tahun dan wang bagi anak perempuan mereka.  

Jelas hakim, kesemua nama individu berkenaan tidak boleh dinamakan dalam laporan media namun menyatakan lelaki dan wanita tersebut berusia dalam lingkungan 40-an. 

“Wanita itu telah mengemukakan semua resit bagi pembelian pakaian berjenama. 

“Dia juga menerangkan bagaimana anak perempuannya telah mengenakan pakaian dan kasut berjenama sejak kecil lagi,” jelas Robert menerusi keputusannya di bahagian keluarga di Mahkamah Tinggi London.   


Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 10-3-2021 01:54 PM
adilnya mahkamah london

ittew
Quote bluebutter 10-3-2021 02:10 PM
If opah rita lak merempan mintak 3k, jutawan ni if dia tawuuuu (bak kata cerita hantu kak limah), sure senyum sinis, merempan tiap masa mintak 3k.
Quote Artemesiaa 10-3-2021 02:18 PM
Dah dari kecik dah diajar berbaju mewah macam tu bila dah cerai mana mahunya pakai pakaian dari pasaraya jadi hadap jer ler tanggung belanja sampai besar.
Quote darkness 10-3-2021 02:20 PM
Jutawan lah. Apa nak sedih2 takat 4k blanja? Celah gigi
Quote dudaberhias 10-3-2021 02:20 PM
Wow kayangan sangat dik...
Anak tu takdenya demand gitu, sah2 la maknya yang kulu kilir angkut birkin nanti....

Tau2 sangat... Salah jutawan tu jugak kahwin dengan perempuan materialistik... Sorry iols takleh nak husnuzon, laki kaya ni sendiri suka pilih pompuan2 macamni.
Quote Buritan 10-3-2021 02:24 PM
dudaberhias replied at 10-3-2021 02:20 PM
Wow kayangan sangat dik...
Anak tu takdenya demand gitu, sah2 la maknya yang kulu kilir angkut birk ...

Pompuan mcm ni cantik.. seksi.. tip top wangi... pompuan biasa bishe tak best.. jimat jimat..
Quote green~tea 10-3-2021 02:24 PM
Botak bapak
Quote dudaberhias 10-3-2021 02:26 PM
Buritan replied at 10-3-2021 02:24 PM
Pompuan mcm ni cantik.. seksi.. tip top wangi... pompuan biasa bishe tak best.. jimat jimat..

Selalu gitu la dengan pakej muka cucuk2 macam nadia sahab tu. Laki suka muka cucuk2 pipi kembung ni dengan dahi filler.
Quote Buritan 10-3-2021 02:27 PM
green~tea replied at 10-3-2021 02:24 PM
Botak bapak

Segala bulu kat bdn habissss..  koh koh kohhhh...
Quote Buritan 10-3-2021 02:30 PM
dudaberhias replied at 10-3-2021 02:26 PM
Selalu gitu la dengan pakej muka cucuk2 macam nadia sahab tu. Laki suka muka cucuk2 pipi kembung n ...

Lelaki kaye mmg bodossa.. aku ade laa kawan dgn x pramugari.. masa bujangnyaa jantan bodos bodos kejar dia.. sggup beli beg tgn mewah.. sggup bg duit seribu suh awek tuu monteng keje supaya leh pi disko dgm dia.. aku dengio lelaki mmg bodosss..
Quote alieyrina 10-3-2021 02:39 PM
Best lar..x payah keja seumur hidup.. Jaga anak sorg tu jah
Quote GigaMom 10-3-2021 04:15 PM
Pak jutawan cerai sebb x tahan bini boros nak mampus
Alih2 kena tanggung juga keborosan bekas bini
Amcm hakim nak setel ni
Quote KIM.K 10-3-2021 04:17 PM
dudaberhias replied at 10-3-2021 02:20 PM
Wow kayangan sangat dik...
Anak tu takdenya demand gitu, sah2 la maknya yang kulu kilir angkut birk ...

Syukor geng old money suke pompuan2 jenis ni. iols dah prepare dah
Quote malaygirl 10-3-2021 04:57 PM
Apa ada hal. Bapak jutawan kot.
Quote minguk 10-3-2021 05:13 PM
dudaberhias replied at 10-3-2021 02:26 PM
Selalu gitu la dengan pakej muka cucuk2 macam nadia sahab tu. Laki suka muka cucuk2 pipi kembung n ...

you mention je nadia tu eeeeee i terus naik angin. dah la belakon kayu, wajah nampak fake, cemane lah boleh jadi pelakon. ish
Quote farhani87 10-3-2021 05:16 PM
wowwww. ni mmg golongan kayangan level atas2.
Quote pxlbb 10-3-2021 05:53 PM
Inspirasi kaka ritrud {:childlike
Quote ikanmasin 10-3-2021 06:16 PM
dah bapanya jutawan..anak pl dah dibiasakan pakai pakaian mewah2.gituu lah tanggung sampai besar..hehehehe
Quote gigahertz 10-3-2021 08:03 PM
dudaberhias: Wow kayangan sangat dik...Anak tu takdenya demand gitu, sah2 la maknya yang kulu kilir angkut birkin nanti....Tau2 sangat... Salah jutawan tu jugak ka ...

diorang sana barang mewah murah.
kita sini barang mewah betul2 ciplak

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060112 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top