CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratu Bimbang, Simpati Kesukaran Dialami Putera Harry & Meghan

10-3-2021 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3340| Komen: 10

Ratu Elizabeth II menzahirkan kebimbangan dan bersimpati dengan kesukaran dialami Putera Harry dan isteri, Meghan, ketika menempuhi hidup sebagai pasangan diraja.

Ia adalah sebagai reaksi kepada dakwaan mengejutkan cucu dan menantunya itu mengenai dakwaan perkauman, menerusi wawancara bersama Oprah Winfrey, Ahad lalu.



Kredit foto: Vanity Fair/Oprah Magazine

"Seluruh keluarga bersedih apabila mengetahui kesukaran dialami dalam beberapa tahun lalu oleh Harry dan Meghan.

"Isu dibangkitkan, terutamanya mengenai perkauman, perlu diberi perhatian. Biarpun ada perkara yang diberitahu mungkin berbeza, tetapi ia akan diambil secara serius dan ditangani keluarga secara peribadi.

"Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa disayangi ahli keluarga," katanya dalam satu kenyataan.

Istana Buckingham sebelum ini berdepan desakan untuk memberi reaksi berhubung dakwaan menerusi wawancara dengan Oprah Winfrey pada Ahad itu, yang menyebabkan krisis sejak zaman Puteri Diana, pada 1990-an.


Ia membangkitkan spekulasi mengenai identiti ahli keluarga kanan diraja yang mempersoalkan mengenai warna kulit Archie, sebelum bayi itu lahir.

Meghan, yang ibunya berkulit hitam dan bapa berkulit putih, juga secara terbuka bercakap mengenai keinginan untuk membunuh diri, tetapi gagal mendapat sebarang sokongan ketika berada di dalam keluarga diraja.

Bapa Harry, Putera Charles, yang juga pewaris takhta enggan melayan pertanyaan wartawan berhubung isu berkenaan, ketika penampilan pertamanya sejak wawancara itu disiarkan.

Undian YouGov membabitkan 4,656 orang selepas penyiaran program wawancara itu disiarkan di televisyen United Kingdom (UK) pada Isnin mendapati bahawa hampir 32 peratus berpendapat bahawa pasangan itu dilayan dengan tidak adil.

Jumlah sama pula berpendapat sebaliknya.

Tetapi, warga tua dikatakan lebih memihak kepada keluarga diraja, menurut undian berkenaan.

Wawancara selama dua jam berkenaan disaksikan lebih 17 juta penonton ketika disiarkan menerusi stesen penyiaran CBS, pada malam Ahad.

Lebih 11 juta orang menyaksikannya program itu ketika ia disiarkan menerusi ITV di Britain.

Harry dan Meghan, mengumumkan menarik diri daripada tugas rasmi sebagai pasangan diraja tahun lalu dan kini menetap di California, bersama anak mereka, Archie.

Meghan kini mengandungkan anak kedua.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 10-3-2021 02:00 PM
Selama ni hidup mengaku caucasian tapi bila kahwin kali ke berapa mengaku black.
Quote Dwdrum 10-3-2021 02:16 PM
Dapat tok baik... cucu ungrateful..mahu jadi marhein konon... Sanggup jual cerita kepada media dan buat cerita... Dari aku tidak jijik dengan couple ini terus jijik...
Quote ais_kosong 10-3-2021 02:29 PM
Dulu suka couple ni. Tapi sekarang dah macam xberapa suka.
Quote cloud_jade 10-3-2021 06:14 PM
meghan ni sama level dgn bekas dewi remaja tu..tak abis2 dengan warna kulit sampai abg jamil mampusss..
Quote crossline 10-3-2021 08:09 PM
Ayat Kuin menunjukkan betapa sedihnya baginda..tapi apakan daya cucu tgh darah muda.
Quote addved 10-3-2021 08:18 PM
Hmmm... kata nak hidup tenang tanpa media, tapi boleh pulak buka pekung family kepada seluruh dunia. Cerita dia pulak krik krik krik je... mungkin memang ada salah faham, masam muka etc tapi yang selebihnya mungkin banyak perencah
Quote sfrnna 10-3-2021 10:57 PM
couple paling sangkak meols pernah tgk. play victim all the time. dah buat bombshell interview pun Queen still bagi statement dengan adanya ayat "Harry and Meghan are still much love members of our family".  classy sangat jawapan. hope title semua kene rampas and di whoareyousss oleh netizen in next few years
Quote Orix 10-3-2021 11:08 PM
Ad 2 possibility

1. Harry kena nasi kangkang
2. Queen E saja jah nk kasi bakar meghan aka perang psychology supaya org nmpak dia baik. Walhal semua org tahu gi mana dia layan Lady D dlu gi mana...
Quote farhani87 10-3-2021 11:20 PM
Rileks jer dia ckp mcm tu. Okeylah jenis x triggered semacam lps kena mcm tu
Quote war_razor 11-3-2021 01:00 AM
Even x la suke meghan sgt. Tapi kalau tgk memg media britain hentam die hari2. Just sebab nak cover kes sexual prince andrew. Yg tu lg serius tp media britain x kepoh pun. Meghan pakai subang org bagi yg x konfirm lagi bunuh mamat turki pun kene hentam.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041940 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top