CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daler Yusuf Semakin Glamour, Makin Fasih Berbahasa Melayu

11-3-2021 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4647| Komen: 21

Semakin lama pelakon, Daler Yusuf, 29, semakin mendapat tempat dalam industri seni tanah air.

Ramai penonton tertarik melihat kemunculannya sebagai Cef Riz menerusi drama Marry Me Senorita yang ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria.


Pelakon berdarah kacukan Uzbekistan di sebelah bapa dan Melayu di sebelah ibunya ini menganggap ia sesuatu yang positif dalam kariernya.


Foto: IG

"Syukur orang sukakan lakonan saya dalam cerita itu. Nampak macam watak saya seorang antagonis, tapi sebenarnya tidak sangat.

"Bagi saya Cef Riz seorang yang baik dan saya sedaya upaya memberikan lakonan terbaik supaya diterima ramai. Saya percaya ramai yang tak sabar nak tahu lanjut pengakhiran cerita, jadi mereka kena ikutinya sehingga episod akhir," katanya.


Daler berkata, dia baru tamat penggambaran Marry Me Senorita dan kini berehat seketika sebelum bekerja untuk projek seterusnya.



"Pada 20 Mac ini saya akan memulakan penggambaran untuk telefilem Vampire Masuk Kampung untuk RTM dan Kak Long Pun Boleh untuk Astro. Ikutkan saya banyak terbabit dengan drama bersiri.

"Untuk telefilem boleh dikira setahun hanya dua kali. Saya tak kisah sebenarnya berlakon telefilem atau drama bersiri, tapi saya banyak dapat tawaran berlakon drama bersiri.

"Saya sebenarnya suka buat drama bersiri kerana dapat banyak pengalaman dan bercampur dengan pelakon senior serta belajar dengan mereka," katanya.



Menurutnya, dia menyukai suasana di set yang meriah ibarat satu keluarga besar.

"Saya suka bercampur ramai orang dan belajar banyak perkara daripada pengarah. Apabila buat drama bersiri, dari segi kewangan saya sudah tahu saya ada pendapatan dalam tempoh dua bulan atau seterusnya.

"Penggambaran yang panjang akan bagi pendapatan yang stabil dan kita tahu ada duit di situ. Sejak berlakon bermula pada 2017, saya sudah berlakon lebih 10 drama bersiri.

"Saya berehat seketika dari lakonan apabila balik ke Uzbekistan pada 2019 kerana ada urusan keluarga. Apabila balik ke sini tahun lalu, langsung tak dapat berlakon kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.


Muncul dalam beberapa drama antaranya Suami Mat Salih Celup, Titian Cinta dan Pengantin Dari Semantan, Daler mengakui penguasaan bahasa Melayunya belum memuaskan.

"Saya masih belajar menguasai bahasa Melayu. Sekarang dah makin senang untuk bertutur, tapi masih ada pelat. Saya kena ambil masa sikit lagi untuk betul-betul mahir.

"Seperkara lagi, saya beruntung kerana pengarah memahami kekurangan saya. Jadi, saya sering diberikan watak individu yang berdarah campuran. Secara tak langsung tak nampak ketara sangat kelemahan saya di mata penonton," katanya yang memberitahu jadualnya sudah padat sehingga Mei ini.

Selain berlakon, Daler yang juga pernah membintangi drama Tuan Anas Mikael turut dilantik Duta Pelancongan Uzbekistan sejak 2018.



"Saya bertanggungjawab mempromosikan Uzbekistan kepada masyarakat luar. Saya boleh bantu mana-mana pihak termasuk syarikat produksi Malaysia yang mahu menjalani penggambaran di sana.

"Sekiranya ada apa-apa acara dari Uzbekistan di sini pun, saya kena hadirkan diri," katanya.

Dia yang mempunyai perniagaan kek secara dalam talian turut berhasrat membuka kedai selepas ini.



"Kedai secara dalam talian ini sudah beroperasi sejak setahun lalu. Resipinya adalah daripada arwah nenek saya.

"Memandangkan sambutannya bagus, saya bercadang untuk membuka kedai tetap di lokasi yang sesuai,"katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gugunogaga 11-3-2021 11:16 AM
Jambu sgt.. not my taste
Quote rajamoney 11-3-2021 11:23 AM
mlm tadi chef ni da jd gila

habis daging dia potong dia baling
Quote cicicumel 11-3-2021 11:41 AM
kayu ..
boleh jadi pelakon utama watak sebenar Alif Syukri..muka sama
Quote LadyCarefree 11-3-2021 12:10 PM
Dia ni rakyat Msia ke?
Quote LadyCarefree 11-3-2021 12:12 PM
Buruk rupa kek ko tu. Rupa hang seiras sejenis nazimah dah.
Quote Nenasketum 11-3-2021 12:33 PM
Muka dia boleh buat Ken Barbie lar tapi berlakon tetap lah kayu kayan.
Quote anakmak 11-3-2021 12:34 PM
Boleh jadi anak eizlan Yusof ni
Quote wanawina 11-3-2021 12:39 PM
heols sangat kayu kayan yach.
Quote haryatie 11-3-2021 12:42 PM
owwh  da ramai retis malaysia ek
da lama btul x tengok drama2 melayu ni
Quote Redmyvi 11-3-2021 01:05 PM
terlalu jambu bg aku.. watak pun selalu bawak yg tak menarik..
Quote bintangct 11-3-2021 01:17 PM
eh mak dia melayu ke? igtkn dia ni full uzbek
kalau kat uzbek muka dia ni very typical kat sana.. lelaki kat sana mmg putih2 melepak
iols pernah beli kek dia dan sedap! igtkn dpt la jumpa dia time delivery tp dia pakai lalamove plak.. aisey
Quote gideoncross 11-3-2021 02:28 PM
bintangct replied at 11-3-2021 01:17 PM
eh mak dia melayu ke? igtkn dia ni full uzbek
kalau kat uzbek muka dia ni very typical kat sana.. l ...

Belah2 dri Central Asian mmg cmpuran org putih & Asian ppl, sdap lh jugak utk mata ni mmandang.
Quote apedehal 11-3-2021 02:37 PM
Betul ke mak dia melayu??bydeway ade yg ckp kek dia sedap tp nmpak cam xselera xsememeh je..sorry iols ni penggeli..tp tgk kek rihannna ox tu buat mcm sedap..tingin nk rsa, buat sndiri cam leceh
Quote JalaEmas 11-3-2021 02:47 PM
taktau nape tgk gmbr ketiga tu macam alip sukri
Quote chandrahusin 11-3-2021 03:53 PM
pelakon lelaki Pan-Asian yg pandai belakon
aku tengok Josiah Hogan je
yg lain semuanya kayu tegak berdiri
buat lawa je
Quote per706 11-3-2021 04:01 PM
Laki akak layan cite lama ko dkat tv 1 tu deq,yg dgn eyka farhana tu..dia yg x pndai gosip pon terkeluar perktaan ko berlakon keras deq,mcam concrete(laki hakaq keje construction hahahahaha.trus kuar perumpamaan tu ) mcam kayu pon ye ktanya..sbb jln cite da best..ko plak kejung2 dgn bm x fasih lgi msa tu..huhuhuhu
Quote umbut 11-3-2021 08:10 PM
chandrahusin replied at 11-3-2021 03:53 PM
pelakon lelaki Pan-Asian yg pandai belakon
aku tengok Josiah Hogan je
yg lain semuanya kayu tegak ...

Josiah tu x silap memang american mix latin giteww... mak dia kahwin org malaysia bawak dia sekali dok sini
Quote Duriand24 12-3-2021 02:28 AM
I penah jumpa daler ni..depan surau. Rupa paras kacak yach! Tidak la sama seperti aliff syukri in real life. Helok dan baik. Mmg mat2 surau la dia ni makanya i ada soft spot kat dia. Tp mmg kayu la..amaybe boleh amik kelas bm dan lakonan hik3
Quote dudaberhias 12-3-2021 02:45 AM
takde aura bukan sebab tak hensem...
tapi wajah heols dalam lakonan tu macam paki walaupun dalam gambar macam eropah2 dan uzbek...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.043005 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top