CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Separuh Bogel Di Kelantan Cuba 'Terkam' Tiga Wanita Di Kedai Telefon

12-3-2021 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11775| Komen: 48

"Kami tak sangka lelaki itu boleh masuk ke kedai dengan melakukan perbuatan tidak senonoh selain bertindak cuba 'menerkam' kami dan nasib baik sempat melarikan diri," kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Ana, 32.


Ana adalah seorang daripada tiga wanita yang bekerja di sebuah kedai telefon di bandar ini, di sini, berhadapan detik cemas selepas diserang seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang hanya memakai baju-T tanpa seluar dalam kejadian jam 2.30 petang semalam.

Katanya, mereka mengenali lelaki itu yang pernah bekerja di kedai berdekatan dan tidak menyangka dia boleh bertindak sedemikian, walaupun pada awalnya sudah melihat lelaki berulang-alik tanpa memakai seluar di hadapan kedainya.



"Sebenarnya, kami sudah biasa dengan pelbagai ragam orang kurang siuman di kawasan ini, tidak kurang juga yang masuk ke kedai, namun mereka akan keluar jika diminta tanpa mengamuk atau melakukan sebarang tindakan membahayakan.

"Kali ini, apa yang terjadi benar-benar membuatkan saya dan dua lagi rakan kerja berusia 23 dan 25 tahun berasa trauma kerana suspek datang dengan tangan di bahagian sulitnya, selain bertindak menerkam kami.

"Tanpa berfikir panjang, saya dan tiga rakan memanjat cermin kaca untuk menyelamatkan diri, malah saya sendiri jatuh tersungkur namun tidak mengendahkannya kerana berasa takut," katanya ketika ditemui hari ini.


Kejadian itu tular sejak semalam di media sosial selepas video berdurasi satu minit 16 saat, menunjukkan seorang lelaki berbaju jingga tanpa memakai seluar sehingga menampakkan alat sulit cuba menyerang tiga wanita.

Ana berkata, atas nasihat majikannya juga, mereka bertiga membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu hari ini selain mengakui masih lagi trauma dan berasa takut dengan kejadian semalam.

"Kebetulan, ketika kejadian orang tak ramai, jadi kami tiada pilihan hanya mampu melarikan diri meminta pertolongan.

"Ada beberapa lelaki cuba menghalang lelaki itu, sebaliknya mereka pula dimarahi olehnya. Kami berharap kejadian sebegini tidak berlaku lagi, selain menjadikan ia sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati kelak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Hasil siasatan, suspek berusia 26 tahun mengalami masalah kemurungan sejak awal tahun ini dan beberapa kali mendapatkan rawatan.

"Kali terakhir suspek ditahan dan menerima rawatan pada 4 Februari lalu dan baru saja dibenarkan pulang ke rumah," katanya.

Katanya, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 11-3-2021 02:35 PM
kejadian di KOTE BARU
Quote mdhelmi 11-3-2021 02:40 PM
buat malu kaum lelaki je
kalo nk cakapla elok2
eh...
Quote krustykrab 11-3-2021 02:49 PM
Kelate mmg penuh dgn org gila ke apa

Zaman skrg ni wanita mmg kna pakai seluar gi mana2..mudah nk lari ke panjat ke...jantan gila dimana2 saja.
Quote krustykrab 11-3-2021 02:49 PM
Knp di blurkn muka dan kote org tu...tunjuk la
Quote white_musk 11-3-2021 02:57 PM
ImamKampong selalu kata pakai tudong dan manutup aurat akan selamatkan parampuan daripada diganggu lelaki lelaki tak elok....

ini bagaimana pula?
Quote CiliPadiSedap 11-3-2021 03:04 PM

komen ni yang lawak sebenarnya
Quote saviour_09 11-3-2021 04:08 PM
kote besar kote monyet pun nak tunjuk2 kat orang

patut brader yg masuk kedai last sekali tu hempuk kote dia dgn helmet

Quote Jitu 11-3-2021 04:22 PM
gila betul tak malu ke

Quote KIM.K 11-3-2021 04:22 PM
Edited by KIM.K at 11-3-2021 04:24 PM

Aku pun taktau camne boleh invite perhatian yg tak sepatutnya macamniAmang seksual ni mendatangkan trauma..takkan taktau

masa raya years ago aku pakai brocade Cik Puan Gojes yg neelopa pakai tu
terasa nak cantik sikit tu ari pastu mekap sikit
sekali kena gesel budak cina tiga suku kat kedai..

Down terus. tak boleh lawa sikit ke..budak pon belasan tahun
adoi..tak boleh nak melawa tempat ni

aku kena ganggu dgn driver bas few weeks ago. Tengok2 this week semua driver bas dah kena tukar. Diorg tak fikir ke ibubapa pelajar/murid yang hari2 naik bas akan risau/traumatized dapat tau rumors gangguan seksual oleh driver bas? Celupar la lagi

Quote EvieWanKenobi 11-3-2021 05:41 PM
Masya Allah.. suweyy 44 hari..
Quote Meiizu 11-3-2021 06:31 PM
Siyess tak lawak..mujur diorang sempat lari
Quote ikanmasin 11-3-2021 10:52 PM
kesian bebdk perempuan tu.nsb baik semua dpt selamatkan diri memasing..takde cedera ke apa,gara2 lelaki gile..mau trauma bebdk perempuan tu..
Quote rogayahtop 12-3-2021 01:48 AM
Kronik jantan totey public ni.
Quote azimodin 12-3-2021 08:59 AM
Aku pernah jumpa jantan gersang usap bebird dalam seluar masa naik last train dari bangsar ke kelana jaya. Tengok muka mamat tu rasanya bukan orang local, bangla or nepal. Seram,dah la x ramai orang. Dalam beg mmg dah standby pisau kecik yg dekat pengetip kuku tu.. Kalau dia dekat mmg aku tikam terus pensel kontot dia tu
Quote Levespa 12-3-2021 09:40 AM
berun: kejadian di KOTE BARU

aduii cekap buat lawak hahaa
Quote Boomibulat 12-3-2021 09:58 AM
Menayang batang buruk di Kota Bharu..
Quote husna_amal 12-3-2021 10:43 AM
otak tengah tak betul lah ni.
Quote doubleA 12-3-2021 11:25 AM
Kalau iols pun boleh panjat cermin asalkan lari. Seram tol. Rumah dia dekat2 kedai ke rilek jalan2 tanpa seluar
Quote Lagubestbest 12-3-2021 11:57 AM
kalo dah cmni takleh tikam ke ikut undang2?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.091446 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top