CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Legenda Bola Sepak Jual Rumah Agam RM6.8 Juta, Bahagia Tinggal Di Hotel Lebih RM57,000 Sebulan

13-3-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7061| Komen: 41

Legenda bola sepak Brazil, Adriano mengucapkan selamat tinggal kepada rumah agamnya selepas menjualnya, dan dia kemudian melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan menjadikan di sebuah suite hotel mewah sebagai tempat tinggalnya.

Bekas penyerang Inter Milan itu dipercayai membayar £10,000 (RM57,270) sebulan untuk tinggal di hotel mewah di Rio de Janeiro selepas menjual rumah agamnya bernilai £1.2 juta (RM6.87 juta).

Kredit foto: Daily Star

Media tempatan tempatan melaporkan Adriano, yang membawa kemenangan negara itu dalam Copa Amerika 2004, menyerahkan segala barang berharga kepada pemilik baharu, termasuk koleksi pingat beliau.

Beliau sekarang mempunyai tempat tinggal yang selesa termasuk kolam renang dan kehidupan mewah.

Hotel tersebut terletak di kawasan kejiranan kelas atasan, Barra do Tijuca dengan Adriano berkongsi gambar-gambar beliau di media sosial.

Menerusi perkongsian itu, Adriano kelihatan gembira dengan tempat tinggal baharu di hotel mewah. -CARI

Sumber: mStar Online/ Daily Star 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 13-3-2021 09:26 AM
Bodos.. tua tua nanti duk tepi longkang.. koh koh
Quote adm7 13-3-2021 09:27 AM
Nak tinggal sampai bila?ada lg ke duit nnt?
Quote jalfa 13-3-2021 09:30 AM
Duit 7 keturunan x habis kot..hahah umur baru 39
Quote VioletsAre_Blue 13-3-2021 09:58 AM
Bakal miskin ikut jejak langkah ronaldinho.. Prime adriano ni sehebat ronaldo nazario tapi takde disiplin terus karier jatuh
Quote Noraniza_Iblis 13-3-2021 10:17 AM
ujubg2 nnt apply I sinar...
apply PPR dbkl
Quote Boomibulat 13-3-2021 10:26 AM
Khalid Jamlu s mesti nangis baca..dia siap jual piala nak tanggung hidup..Adriano bg free je kat pemilik Rumah beliau.
Quote imthegirl 13-3-2021 10:33 AM
10,000 sebulan dengan 1.2m kalau terus dok hotel duit boleh tahan 10tahun utk penginapan.

Ada rumah lain la kot, takkan kaya raya ada rumah sebuah yg dah jual tu je.
Quote jfq 13-3-2021 11:13 AM
10 per mth × 12 = 120,000
x 10 tahun = 1.2m
= harga rumah dia skrang
Quote Artemesiaa 13-3-2021 11:18 AM
Lantak ler dia nak macam mana asal kemudian hari dia tak menyusahkan orang lain sudah
Quote damsel_fiji 13-3-2021 11:31 AM
Teringat kasim selamat., start duk hotel mewah.. lama2 downgrade dok bawah kolong
Quote dudaberhias 13-3-2021 11:36 AM
uolsss jangan la dengki... biar la heols happy... nanti pandai2 la dia mintak derma peminat dan jual kasut bola... koh koh koh
Quote Meiizu 13-3-2021 11:57 AM
Rumah 6.8juta  dia jual.tah byk nau duit maintenance..gud decision dah tapi
Kalau dia pindah luxury condo atau boring2 duk hotel murah sikit betterlaaa dari membazir rm57k
Quote malaygirl 13-3-2021 01:04 PM
Terlalu banyak duit boleh lah. Nanti dah bosan beli condo mewah plak.
Quote sekngucing 13-3-2021 01:05 PM
VioletsAre_Blue replied at 13-3-2021 09:58 AM
Bakal miskin ikut jejak langkah ronaldinho.. Prime adriano ni sehebat ronaldo nazario tapi takde dis ...

katanya sebab bapak dia meninggal. haritu.. dia down...
Quote alesandra 13-3-2021 01:26 PM
Eeee dah gemuk.dah lain rupa. tak reti2 ke jaga badan mcm maldini, nedved ke apa hah
Quote sayawifenikmie 13-3-2021 01:35 PM
alaa korang ... nantui agak agak dah kurangduit dia .. pandai2 lah dia pindah ke bilik yg lebih murah ....
Quote helicornia 13-3-2021 03:00 PM
tok ram dulu sblum kawin dgn tin yah pun dok kat hotel kan.senang tk.payah kemas.nak apa call je
Quote sarah96 13-3-2021 04:26 PM
Wow, kayanya. Untong betul.
Quote Perawankota 13-3-2021 06:50 PM
X per lah.. Harta ko bertumbuk kan

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.153848 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top