Bagi peminat dunia permotoran, mereka pasti melakukan penjagaan motosikal masing-masing dengan sebaiknya seperti membuat servis berkala di bengkel selain mempunyai keinginan untuk ‘modify’. Malah, ada segelintir individu sanggup mengeluarkan duit dengan menambah pelbagai jenis aksesori demi kepuasan hati agar motosikal mereka kelihatan lebih ‘seksi’. Tidak terkecuali bagi seorang lelaki di Indonesia ini apabila mengubah suai motosikal mengikut citarasa sendiri. Hasil kreativiti lelaki tersebut dikongsi melalui perkongsian posting di laman Facebook miliknya Dewa Penolong Jands. Memetik laporan Liputan6, kelihatan motosikal berwarna kuning miliknya dipasang dengan pelbagai aksesori sehingga membentuk seperti sepasang sayap ‘ganas’ termasuk beberapa lampu berwarna-warni. Jadi tidak hairan sekiranya motosikal itu akan meraih perhatian pengguna jalan raya lain, tapi mungkin juga boleh menganggu penglihatan orang ramai. Posting tersebut tular di media sosial dengan pelbagai reaksi netizen yang teringat pada filem animasi berjudul Crush Gear. Malah tidak kurang ada juga melihat reka bentuk motosikal berkenaan seperti Bumblebee dari filem Transformers. Boleh ya ubah macam tu? Kalau kat negara kita, memang kecoh pasal ubah suai ekzos. Tak berani nak tukar lebih-lebih, kena ikut undang-undang yang ditetapkan! Sumber: Liputan6
|
ADVERTISEMENT