CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Berang, Pecah Cermin Kereta Wanita Guna Helmet

16-3-2021 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6356| Komen: 57

Muar: Polis menahan seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa, dekat sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian pada 3.25 petang itu berpunca daripada perselisihan faham antara penunggang motosikal berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun.



"Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

"Suspek juga memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya," katanya dalam satu kenyataan di sini.



Menurut Zaharudin, suspek yang ditahan pihak polis kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam video berdurasi selama satu minit 38 saat itu menunjukkan seorang lelaki berang dengan memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik seorang wanita di Pekan Parit Jawa , Muar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 16-3-2021 09:14 AM
ramai pemandu yg tak 'fit' untuk memandu di atas jalan raya yg dikurniakan lesen memandu.
Quote merrissa 16-3-2021 09:36 AM
bulalof replied at 16-3-2021 09:14 AM
ramai pemandu yg tak 'fit' untuk memandu di atas jalan raya yg dikurniakan lesen memandu.

bukan tak fit...tapi memamng mamat ni mental....sdng menerima rawatan kot...
Quote husie91 16-3-2021 09:38 AM
Mana la mak bapak laki ni.. dh tau ada sakit knapa la biarlah berkeliaran bawak motor.. kan dah membahayakan org lain.. tk kira la siapa salah pon tapi dia dah tentu2 salah dgn mental tak stabil tp bwk motor {:stress
Quote Manjahati 16-3-2021 09:41 AM
Nnti klu x tular kes terus senyap...ada baiknya tular n ada buruknya tular
Quote tricomonas 16-3-2021 09:42 AM
giliran melayu pulak claim sakit mental...dulu puak ummah leluhur suci murni abadi yg declare oku sakit mental bila langgar mati orang..
Quote jazaa100 16-3-2021 09:44 AM
Habissss.....

ada lesen besorrr.....
mental.....


Quote singajantan 16-3-2021 09:46 AM
Dah besor...mak bapak pun susah kontrol...nnt tahan kang mengamuk
Quote Xaveria 16-3-2021 09:48 AM
Claim sakit mental abih keta amoi tu ko kerjakan
Quote user.name 16-3-2021 10:42 AM
Quote user.name 16-3-2021 10:43 AM
Quote user.name 16-3-2021 10:43 AM
Quote user.name 16-3-2021 10:44 AM
[youtube]dpRbCH0iVro[/youtube]
Quote qicki 16-3-2021 10:44 AM
yang ni dah kenapa pulak....haihhh
Quote user.name 16-3-2021 10:45 AM
Quote Normabaru 16-3-2021 10:51 AM
Alahhh. Doktor kawen sama2 doktor pon ada yang mental smpi cederakan bini kat tepi jln sekali dgn father in laws hari tu.. Apela sgt bdk naik motor ni
Quote Normabaru 16-3-2021 10:54 AM
user.name replied at 16-3-2021 10:44 AM

Mengigil betul minah tu.. Vid min 1.10
Quote rayray28 16-3-2021 11:06 AM
mcm shah reza masa mude
Quote TravellingBear 16-3-2021 11:18 AM
rayray28 replied at 16-3-2021 11:06 AM
mcm shah reza masa mude

jauh panggang dari api
Quote notM 16-3-2021 11:23 AM
Bahaya la kalau Melayu.....

Hen cibai...bu keyi

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.045925 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top