Korang percaya tak negara yang sangat moden, dan sangat terkenal dengan kemajuan teknologi, Jepun pun ada sebuah bandar yang dilabelkan sebagai 'terlalu' miskin, sampai nama kawasan itu pon tidak muncul secara rasmi di dalam peta dunia. Mungkin korang beranggapan yang bandar ini terletak jauh dari bandaraya pesar Jepun, tapi sebenarnya bandar yang bernama Kamagasaki ini hanya terletak di salah satu kawasan kecil dalam Osaka. Tempat tersebut sangat miskin sehinggakan satu filem diarahkan untuk memadamkan satu babak yang memaparkan kawasan tersebut. Arahan tersebut dikeluarkan untuk menjaga air muka mereka yang tinggal di Kamagasaki. Menurut pegawai autoriti di Osaka, orang Jepun sentiasa menjaga satu sama lain, dan filem tersebut seperti tiada timbang rasa terhadap penduduk disitu. Apabila wujud perkara negatif dalam sebuah kelompok di Jepun, sedaya upaya mereka akan menyembunyikannya. Kalau korang sampai ke sini, korang akan perasan garisan halus yang memisahkan Kamagasaki yang orang Jepun pun takut nak datang, dengan dunia 'luar' Osaka yang diisi pencakar langit. Kebanyakan yang tinggal di sini adalah lelaki dan 40% adalah orang yang berumur 65 tahun ke atas. Untuk ke sini, korang boleh naik tren dan berhenti di stesen Shin-Imamiya, dah dekat dah. Pelancong luar sebenarnya suka datang sini sebab semuanya murah dekat sini termasuklah hostel, dan mesin air gedegang. Mereka yang pernah datang sini kadang-kadang susah nak percaya dengan keadaan di Kamagasaki kerana apabila menjejakkan kaki ke Jepun, mereka hanya membayangkan kemajuan, bukan kemiskinan tegar. Pemandangan dekat sini memang jauh berbeza dengan Tokyo, korang akan banyak nampak orang-orang yang melepak dekat tepi jalan, sampah-sampah yang dibiar, tilam yang terhampar di atas jalanan. Langsung tidak sama dengan apa yang korang akan nampak dekat lokasi lain di Jepun, dan langsung tak sama dengan apa yang orang bayangkan bila kita sebut nama Jepun.
|
MadameOnion replied at 17-3-2021 11:20 AM
memang nampak miskin betul..kerajaan jepun takda initiative nak bantu ke?
Timunlaut replied at 17-3-2021 08:17 AM
Tak sangka
helicornia replied at 17-3-2021 01:07 PM
klu pi jepun ada je homeless. kt tokyo pun ada.kt london oxford st pun ada.pendek kata kt mana2 pun ...
MadameOnion: memang nampak miskin betul..kerajaan jepun takda initiative nak bantu ke?
SayaSayangMama replied at 17-3-2021 02:17 PM
Ahh sikit sikit nk bantu. Klu dah malas xleh nk buat apa. Baca je pos kt natipah abu kt fb. Golo ...
Plain-tif replied at 17-3-2021 11:21 PM
Jadi gelendangan dari muda ke mcm mana
Plain-tif replied at 17-3-2021 11:21 PM
Jadi gelendangan dari muda ke mcm mana
qistina91 replied at 17-3-2021 11:25 PM
Xpernah tau ada tempat mcm hi di Jepun
ADVERTISEMENT