Seorang DJ diberitahu bahawa dia "terlalu hodoh untuk diperkosa" setelah menjadi sasaran troll di Twitter. Natalie Higgins, 23, mengatakan dia berasa jelik selepas menerima banyak komen cacian terhadap satu perkongsiannya di platform itu.
Menurut laporan Daily Star, wartawan penyiaran Greatest Hits Radio berkata, dia begitu terkejut dengan reaksi warganet terhadap video TikTok yang dikongsinya mengenai kesedaran terhadap keselamatan wanita pada waktu malam berikutan kematian Sarah Everard yang mati dibunuh selepas diculik seorang anggota polis, Wayne Couzens, 48, seperti dilapor BBC. Pengguna Twitter menggunakan nama akaun Bobo Joe menulis, "Mungkin dia akan selamat (daripada serangan) kerana dia terlalu hodoh untuk diperkosa". Malah, ramai meninggalkan komen menyatakan tidak mungkin akan terjadi apa-apa kepadanya. Natalie berkata kepada Yorkshire Live bahawa dia sangat marah dengan komen sedemikan. Namun, mendakwa tiada gunanya jika dia membuat laporan terhadap mereka di Twitter kerana platform itu menyifatkan komen terbabit tidak melanggar peraturan. "Saya tidak tahu kepada siapa komen seperti itu ditujukan, sama ada terhadap saya atau individu dalam video berkenaan. Apapun, ia sangat menjijikkan!" katanya kesal. - CARI
|
delsmomm replied at 18-3-2021 02:44 PM
org ckp tiang dipakaikan skirt pun belum tentu selamat dr rapist ni..
ADVERTISEMENT