Seorang wanita mahu menyaman polis Houston selepas bayi lelakinya yang berusia setahun parah akibat terkena tembakan dilepaskan oleh anggota pasukan keselamatan itu. Daisha Smalls, 19, berkata, serpihan peluru masih berada di dalam otak bayinya yang bernama Legend itu.
"Anak saya tidak patut ditembak. Terutamanya, oleh polis," katanya. Pada kejadian 3 Mac lalu, Smalls berada di dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak, manakala bayinya diletakkan di kerusi bayi di tempat duduk penumpang belakang kenderaan itu. Seorang lelaki bersenjata yang diburu polis kemudiannya cuba memaksa wanita itu keluar dari kenderaannya. Polis melepaskan tembakan menyebabkan suspek terbunuh dan mencederakan Legend. "Mereka (polis) tahu wanita itu berada di dalam kereta itu," kata Ben Crump, peguam kepada Smalls. "Tetapi mereka (polis) tetap melepaskan tembakan, walaupun tahu dia (wanita itu) berada di dalam kereta," katanya. Akibat kejadian itu, sebahagian tengkorak bayi itu terpaksa dikeluarkan. Sumber: Harian Metro
|
rajamoney replied at 17-3-2021 02:38 AM
bangsa etis
suka bunuh org
rajamoney replied at 17-3-2021 04:34 AM
ye la takkan mata sepet tak basuh berak je etis
ADVERTISEMENT