CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Labrador Dilatih Kesan Individu Tidak Bergejala

17-3-2021 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1454| Komen: 6

Enam anjing penghidu jenis Labrador digunakan untuk mengesan individu dijangkiti Covid-19 tanpa gejala di lapangan terbang dan pelabuhan tertentu di Thailand dengan kadar ketepatan sekitar 95 peratus.


Anjing itu dilatih Fakulti Sains Veterinar Universiti Chulalongkorn.


Kredit foto: Fakulti Sains Veterinar Universiti Chulalongkorn.

Timbalan Dekan Fakulti Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Kaywalee Chatdarong di laman web Chula Journal berkata, fakulti itu memutuskan untuk melatih anjing penghidu Labrador kerana ia jinak dan memiliki deria bau yang baik.

Dr Kaywalee merangkap ketua projek berkata, deria bau anjing adalah 50 kali lebih baik berbanding manusia dan menerusi peluh manusia, haiwan itu dapat menghidu individu yang dijangkiti virus tetapi tidak bergejala.

"Apabila seekor anjing duduk, bermaksud individu itu tidak bergejala," katanya.


Anjing penghidu juga digunakan di Finland, Jerman, Perancis dan Australia.

Pada masa depan, Dr Kaywalee berharap dapat melatih anjing untuk mengesan pesakit yang menghidap penyakit seperti diabetes, kemurungan, malaria dan Alzheimer.


Gambar hiasan

Sementara itu, doktor haiwan yang pakar dalam penyakit berjangkit dan anggota pasukan penyelidikan fakulti Profesor Madya Dr Somporn Techa-ngarmsuwan berkata, proses ujian adalah selamat untuk anjing, orang awam dan pegawai terlibat.

Menurutnya, pasukan penyelidik menggunakan sampel peluh pesakit Covid-19 dan membiarkan anjing-anjing itu menghidunya dari jauh.

Projek itu, katanya, adalah kerjasama antara Fakulti Sains Veterinar, Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains universiti, dan dibiayai oleh Eksplorasi dan Pengeluaran Chevron Thailand.

Terkini, Thailand mencatatkan 27,402 kes baharu Covid-19 dan 88 kematian. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-3-2021 05:48 PM
Moga anjing penghidu ni tak ada yang terjangkit pulak nantinya
Quote rajamoney 17-3-2021 06:41 PM
anjing2 itu bakal berevolusi

kata forumer

ittew

Quote notM 17-3-2021 06:45 PM
Melayu takut nak rentas negeri daerah Dan Negara kalau camni.

Kalau nk merentas gak kena buat Muka kesian depan anjing  sambil cakap..."Please doggo, pleaseee, I love you doggo, pleaseee.."
Quote Zazama 17-3-2021 10:58 PM
Bila labrador +ve, tak pasal2 ditamatkan riwayat.
Quote Plain-tif 17-3-2021 11:04 PM
Nak kena bawak sabun tanah la kalau nak ke sana
Quote Boboyottt 17-3-2021 11:34 PM
rajamoney: anjing2 itu bakal berevolusikata forumer ittew


Jadi mutan la eh lepas ni {:run

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.061041 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top