CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Fobia Dikecam- 2 Tahun Perbaiki Vokal, Wany Hasrita Buktikan Boleh Menyanyi Live

18-3-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4499| Komen: 30

Penyanyi Wany Hasrita mengakui pengalaman membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-32 pada 2018 menerusi lagu Menahan Rindu bukan satu kenangan yang indah buat dirinya.


Selepas dua tahun belajar memperbaiki kelemahannya, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah akhirnya berjaya membuktikan kemampuan apabila berjaya melakukan persembahan terbaik di pentas AJL35 pada Ahad lalu.

Bukan sahaja membuat persiapan yang lebih teratur, penyanyi berusia 29 tahun ini juga bekerja keras untuk mempertingkatkan mutu vokalnya demi menyanyi bersama penyanyi legenda terkenal Datuk Jamal Abdillah di pentas berprestij itu.


Foto: IG

"Saya tak sasarkan untuk menang pun sebab memang nak buat terbaik. Pengalaman sebelum ini bukan kenangan yang terindah. Dua tahun saya belajar untuk memperbaiki kelemahan.


"Kita belajar daripada pengalaman... masa saya buat persembahan di pentas AJL32, mungkin tak buat persediaan dengan penuh. Tapi kali ini, kita dah tahu apa nak buat, kena ada apa dan perancangan macam mana.

"Jadi, kali ini lebih teratur. Selain itu, sudah tentu dari segi vokal, saya kena lebih mempertikatkan dan perbaiki kelemahan saya. Sebab saya duet dengan Datuk Jamal... tak akan saya nak menyanyi begitu saja.

"Kerja keras itu kena datang daripada saya sebab bagi saya, Datuk Jamal setuju nak bekerjasama dengan saya dalam lagu itu pun sudah cukup buat saya. Jadi, saya kena usaha lebih supaya sekurang-kurangnya nyanyian kena sama dengan beliau," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, Wany yang menyampaikan lagu Menahan Rindu di AJL32 menerima kritikan dan kecaman daripada netizen sehingga menyebabkan dia hilang keyakinan untuk membuat persembahan secara langsung di televisyen.

Bagaimanapun, Wany kembali bangkit dan lagu duetnya bersama Jamal Abdillah berjudul Belenggu Rindu ciptaan komposer Hael Husaini serta Ezra Kong itu berjaya merangkul tempat ketiga AJL35 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam tanpa penonton pada Ahad lalu.



Dalam pada itu, penyanyi lagu Canggung ini turut berkongsi mengenai konsep persembahan mereka di AJL35 yang sepatutnya mempunyai 20 orang penari atau pengiring latar.

Enggan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan, mereka menukar perancangan namun masih mengekalkan konsep yang sama dengan kelihatan lebih kemas dan cantik.



"Sepatutnya perancangan untuk konsep persembahan pada malam itu, Datuk Jamal akan datang bersama 10 orang pengiring untuk bertemu dengan saya. Begitu juga saya yang ditemani dengan 10 orang pengiring juga.

"Ikutkan perancangan kami begitu la... tapi terpaksa kami akur dengan SOP yang sudah ditetapkan. Sepatutnya ramai pengiring, kami kecilkan sedikit... masih mengekalkan konsep itu dan nampak cantik serta kemas di TV," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-3-2021 12:03 PM
Pape je la.....
Quote shernazz 18-3-2021 12:09 PM
Okay wani...

Nak.makan nasik kukus abe jap..
Quote Normabaru 18-3-2021 12:09 PM
Ko baca cari porum ka dek? Hahahah
Quote bakingsoda 18-3-2021 12:10 PM
cantik baju wany mlm tu mekap pon berseri, teringat yg dia pakai serkup putih burokkk sblm ni
Quote September14 18-3-2021 12:13 PM
Best jgk dia nyanyi mlmtu.. smooth je suara dia. Dr semi haritu dia nynyi mmg ada peningkatan
Quote Atiesha 18-3-2021 12:15 PM
At least ok la dr kak nab
Quote dudaberhias 18-3-2021 12:16 PM
Edited by dudaberhias at 18-3-2021 12:18 PM

wait... bila pulak dia di kecam?
iols terlepas ketapi ke iols tak cukup muda lagi ni untuk tahu dia pernah kena kecam sebab vokal?ingatkan haqiem rusli atau asad mowtah yang kena kecam bab vokal ni...

kalau tak cukup muda nampaknya kena titik estee lauder advanced night repair 10 kali sehari mulai harini... harap2 esok jadi baby balik... amin...

dah bayar mahal2 beli serum ni takkan esoknya masih jadi remaja atau pompuan dewasa... betul tak?


Quote rajamoney 18-3-2021 12:17 PM
wany ni tk best

takde aura mcm zahirah

bak kata eddysheddy

Quote AshkieLa 18-3-2021 12:22 PM
okla.. ade improvement nyanyi...
pakai tudung pun kemas terletak je...
Quote Lolipop0411 18-3-2021 01:26 PM
Ada peningkatan. Teruskan dik dan teruskan bebas dari segala gosip liar ye
Quote tikusmakmal10 18-3-2021 01:29 PM
bagus sheolls ada improvement
Quote miss_strangers 18-3-2021 01:35 PM
Okla suara dik wany banding suara nek ani
Quote imanjannah 18-3-2021 01:38 PM
keep it up wani, byk sgt improvement dr lagu burung2 berkicau dulu..
Quote biskut_milo 18-3-2021 01:44 PM
Apesal penyanyi gen Z ni ramai vocal out..? Cemana boleh jadi penyanyi? Sebab femes kat medsoc?
Quote hady_vit 18-3-2021 01:47 PM
Edited by hady_vit at 18-3-2021 01:48 PM

kak wany bole di maafkan sebab dah 3 tahun dalam industri slowly improve nyanyian. kak wany mmg boleh menyanyi cuma kena blaja technical..now sgt smooth

YG KAK NAB NI, DAH 7 TAHUN DALAM INDUSTRY, BELAJAR VOKAL DARI AF LAGI, UNTIL NOW TAHAP GITU JUGAK NYANYIAN...TERKUCIL SATU HAL, YG SUMBANG TU MMG DARI DULU LAGI. MMG TAK PERNAH SEDAR KE SELAMA 7 TAHUN NI...

KAK NAB MENYANYI KE ATAU ISI MASA LAPANG!!!
Quote AwanCikDania 18-3-2021 03:11 PM
Okaylah ada jugak peningkatan. Tapi kenapa ramai nak curi lime light ni.
Quote bulalof 18-3-2021 03:23 PM
sian Kaka the winner. everyone is still talking on how Kak Nab sucks!
Quote zeetot 18-3-2021 03:23 PM
Tapi jujurnya memang ada improvement yee vocal beliau.
Quote tumpanglalu74 18-3-2021 03:46 PM
Ape yang bertapi2 lagi tu?

Sora dia memang dah lama sedap.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064054 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top