CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ezlynn Mengaku Sedang Rapat Dengan Lelaki Bukan Melayu

18-3-2021 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6773| Komen: 32

Penyanyi Ezlynn mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bukan Melayu lebih setahun lalu.

Menyifatkan hubungan mereka masih lagi baru, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hi Hi Bye Bye ini senang berkawan dengan si dia yang juga seorang pekerja swasta itu kerana sikapnya yang memahami dan berfikiran matang.


Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin, 39, bagaimanapun berserah kepada takdir apabila berkongsi bicara mengenai soal jodoh.


“Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang. Dia bukanlah VIP, orang biasa sahaja. Masih saling mengenali dia dan keluarganya. Dia pun solo dan usianya beberapa tahun lebih muda daripada saya.

“Bagi saya, dia seorang yang matang dan memahami. Kami berkenalan sekitar setahun dua. Bertemu ketika kami saling bermain badminton, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Apa yang boleh saya kongsikan setakat ini, kita berkawan. Saya berserah, kalau Dia kata itulah jodoh saya, saya terima,” katanya kepada MH.


Ditanya sejauh mana keinginannya untuk kembali bergelar isteri selepas berpisah dengan bekas suami yang juga pengurusnya pada ketika itu, Adam Fahmy pada Oktober 2017, Ezlynn mengakui bukan mudah untuk kembali membina perhubungan baru.

“Percubaan untuk mengakhiri zaman solo itu ada. Cuma bila ia tidak menjadi, membuatkan saya sedar sebenarnya kalau bergelar janda dalam tempoh lama, situasi itu menjadi agak sukar untuk memulakan perhubungan baru.


“Bila kita sudah tahu apa yang hati kita ingini dan bila sudah tahu apa kelemahan seseorang lelaki itu… Kalau anda berada di tempat saya, mungkin anda tidak akan beri si dia peluang kedua atau ketiga dah.

“Kalau buat silap sekali, ‘bye-bye’ lah. Jadi hal itu sukar buat saya sebab kita dah tahu apa yang kita mahukan dalam perhubungan. Mungkin juga saya selesa dengan status begini. Sebab saya sejak dulu sudah pun ‘survive’ sendiri. Kita tidak menyusahkan orang.

Kredit foto: IG


“Sudah selesa, gembira macam ni. Kalau si dia datang nak buatkan kita gembira tak apalah, tapi kalau datang nak memeningkan atau menyusahkan, tidak payah.

“Kalau ada yang boleh menggembirakan saya, Insya-Allah saya terimanya dengan hati terbuka,” katanya. -CARI

Sumber: media Hiburan
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tootii 18-3-2021 03:44 PM
skrg mmg pakai tudung menggelembung kat depan mcm tu eh ? pelik lak aku ngk ..

utk tidak keluar topik - moga dipermudahkan semua urusan jodoh ye .. baju kawen kali ni lebih berjenis la kan ..
Quote rajamoney 18-3-2021 04:20 PM
jngn tiba2 ubah penampilan lps main ngn yg bkn melayu tu

Quote miu84 18-3-2021 04:44 PM
tootii replied at 18-3-2021 03:44 PM
skrg mmg pakai tudung menggelembung kat depan mcm tu eh ? pelik lak aku ngk ..

utk tidak keluar  ...

Macam gaya indon kan.
Quote tikusmontok 18-3-2021 04:49 PM
tootii replied at 18-3-2021 03:44 PM
skrg mmg pakai tudung menggelembung kat depan mcm tu eh ? pelik lak aku ngk ..

utk tidak keluar  ...

pesen acik hetikusendang
Quote mieymiey 18-3-2021 04:57 PM
Harap kali ni sheols tak terima tajaan lagi.
Quote JalaEmas 18-3-2021 05:00 PM
bangsa tu pkra no 2..yg penting seugama
Quote MoonRise 18-3-2021 05:06 PM
tu tudung ka belon tu
Quote evataso 18-3-2021 05:08 PM
Selagi boleh kawen, eloklah kawen. Yg penting cari org yg syg kita bukan kita hegeh kat org.
Quote tootii 18-3-2021 05:15 PM

hatikusendang ?
Quote tootii 18-3-2021 05:16 PM

lagi over dr makcik indon
Quote miu84 18-3-2021 05:20 PM
tootii replied at 18-3-2021 05:16 PM
lagi over dr makcik indon

Hahaha macam letak belon free promo buku grolier di malls tu pada tudung jah rupa dia.
Quote bbasir 18-3-2021 06:24 PM
eh. da cerai rupanya...
Quote Cece1234 18-3-2021 06:40 PM
Lawaknya tudung dia..
Quote Raman 18-3-2021 07:12 PM
Suka lgu dia dulu2 nih
Quote cystmex 18-3-2021 07:14 PM
Hopefully kali ni beliau boleh all out baju pengantin ikut taste sendiri.
Quote Dee123rose 18-3-2021 07:53 PM
Moga2 ada jodohlah kak ezlyn
Quote Hoola 18-3-2021 08:07 PM
Semua mak2 j cepat dpt pnngnti. Mcik jugo yg dh lamo.mnjndo drrbar taxi puntkdak msuk.mintak.
Quote tumpanglalu74 18-3-2021 09:31 PM
Jangan negro sudah..
Quote Perawankota 18-3-2021 10:54 PM
Masa Mula2 tgk MLS, ingatkan sapalah perempuan pakai tudung tu.. Rupa2nya dia

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055121 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top