Memandangkan kita masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri, maka banyak SOP yang perlu dipatuhi, antaranya tidak dibenarkan merentas negeri kecuali mendapat kebenaran pihak polis. Hal ini menyebabkan ramai rakyat tidak dapat pulang ke kampung masing-masing kerana tidak mempunyai alasan kukuh. Itu masih tidak mengapa, tetapi apabila ada personaliti media sosial berbulan madu dengan kebenaran polis, maka ramai netizen bengang. Manakan tidak, sesetengah terpaksa memendam rindu kepada ibu bapa di kampung, tetapi ada pula insan berseronok dengan menyalahgunakan kebenaran tersebut. Pakai kabel ke? Menjawab soalan pengikutnya di Instagram, Datin Inaz menjelaskan kelulusan untuk merentas negeri bergantung kepada mood pegawai yang mengesahkan borang tersebut. Jadi, memang rezekinya boleh lulus, sementelah lagi ramai juga yang menggunakan cara sama, katanya. Namun bagi netizen, itu melukakan mereka kerana dengan bangganya pasangan ini menayangkan gambar-gambar berbulan madu merentas negeri, seolah-olah tiada apa-apa.
Dikhabarkan, pasangan tersebut telah mengunci akaun masing-masing dan juga memadam gambar serta video yang mempunyai aktiviti berkaitan percutian. Mungkin ramai yang memahami bahawa ada sahaja individu yang mendapat kelulusan merentas negeri dengan pelbagai alasan. Namun dengan menunjuk-nunjuk sebegini pastinya membuatkan ramai yang marah kerana orang lain tidak boleh berbuat hal sama. Di manakah keadilan kepada semua orang? Jadi, memang betul ianya bergantung pada pegawai yang meluluskan? PDRM, boleh beri penjelasan? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|