Peminat drama tanah air pasti tidak asing dengan nama Noorkhiriah yang sering menjiwai watak dengan baik dan memberi kesan pada penonton. Dek bakatnya itu, dia berjaya membawa pulang trofi bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2007 dan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2010. Terbaru, Noorkhiriah di Instagram memuat naik hantaran berupa teguran supaya anak seni tidak lupa diri apabila berjaya memenangi anugerah. "Yang penting, adab hormat dan disiplin kasi mantap. Kita bekerja secara berkumpulan, bukan seorang diri.
"Jangan kejar sangat benda dalam almari tu (anugerah) sebab kalau kita ikhlas dalam sesuatu, InshaAllah dia (rezeki) datang sendiri," pesannya. - CARI
|
ADVERTISEMENT