Kenyataan Izara Aishah mempersoalkan lambakan personaliti media sosial diambil menjadi pelakon di kaca televisyen (TV) menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen dan penggiat seni.
Terbaru, pelakon popular Rita Rudaini turut terpanggil untuk mengulas dan memberi pendapat mengenai kenyataan tersebut. Menerusi perkongsian Rita di Instastory, dia memaklumkan bahawa pada zaman dahulu sebelum diangkat menjadi pelakon, stesen televisyen akan memandang bakat yang ada pada seseorang terlebih dahulu sebelum memilih paras rupa. Berbeza dengan zaman kini, katanya apabila stesen TV menjadikan paras rupa sebagai tanda aras utama yang perlu ada sebelum bergelar pelakon sementara bakat menjadi aspek kedua dititikberatkan.
Jelasnya lagi, lakonan daripada para pelakon tersebut memang nampak ‘sempurna’ di kaca TV, tetapi hakikatnya tidak seindah seperti yang ditonton. Hal ini kerana kesemua adegan dalam drama telah disunting krew produksi sebelum disiarkan untuk tatapan penonton. Malah, untuk menjadi seorang pelakon berkualiti, mereka sepatutnya tidak segan untuk bertanya dan menimba ilmu lakonan daripada orang berpengalaman dan bukannya sekadar duduk di set bermain telefon. Bukan itu sahaja, Rita turut membandingkan industri hiburan luar negara yang sanggup memberi tunjuk ajar dan menyediakan kelas lakonan serta nyanyian semata-mata mahu melahirkan penggiat seni yang berkualiti. Sumber: OhBulan
|
orkidorkido replied at 19-3-2021 02:40 PM
Zaman kau dah habis sis.
Muka pun dah habis buat, tara tu jelah ko
ADVERTISEMENT