Segala teka-teki mengenai hubungan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bergelar suami isteri dalam majlis serba ringkas pagi tadi.
Mengulas mengenai bekas isterinya dengan Engku Emran, pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia sentiasa mendoakan kebahgiaan Nabila. Ujarnya, bekas isterinya juga berhak untuk rasa bahagia. “Saya hanya doakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… Semoga dia bahagia. Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” ujarnya. Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017 namun disahkan bercerai pada Julai tahun lalu secara hakam. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden kini berusia dua tahun setengah. Sumber: RotiKaya/mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|