Dengan perkembangan teknologi yang pesat membangun, tidak dinafikan lagi bahawa mainan kanak-kanak hari ini lebih maju berbanding kanak-kanak zaman dulu. Dulu, kanak-kanak hanya bermain permainan buatan sendiri seperti permainan tradisional sebelum munculnya kilang yang menghasilkan pelbagai produk permainan. Walau bagaimanapun, kebanyakkan permainan ini menerapkan unsur dan nilai edutainment dalam permainan seperti dalam video ini. Perkongsian video ini membuat ramai netizen terutama golongan dewasa teruja. Mana tidaknya, kesemua mainan ini kelihatan canggih dan menarik betul! Melihat pada komen-komen ini, mungkin objektif permainan berkenaan bakal dapat dicapai kerana konsep permainan ini dihasilkan bagi memberi masa dan ruang kepada anak-anak bermain bersama ibu bapa pada hujung minggu. Bermain dan berinteraksi dengan anak adalah asas pembelajaran komunikasi paling berkesan. Oleh itu, jadilah ibu bapa bijak dan pilihlah mainan yang betul-betul memberi impak maksima kepada perkembangan si kecil. Jangan sampai berebut pula ya nanti. - CARI |
Adrif: anak buah saya, mainan dia satu bakul.tapi masuk bilik, hanger jugak yang dicari. umo dekat 2 tahun dah
sarah82 replied at 21-3-2021 01:52 PM
Hahahaha.. Aku dok aim nak beli telescop hadiah utk aisha dan amna cicit arwah tok Sharifah.. Berken ...
Kurex replied at 22-3-2021 05:14 AM
Telescope kalau yg 100+ lebih boleh ke tengok bintang & bulan?
sarah82 replied at 22-3-2021 07:08 AM
Bukan.. Hahaha.. Yg ni dlm 30+...boleh la bg 2 mek tu minat sains.. Ada juga aku dok tgk microscop ...
ADVERTISEMENT