Jakarta: Kerana ingin menebus dosa masa lalu, seorang warga emas nekad untuk tinggal di kawasan perkuburan. Abah Sarji, 102, menghabiskan sisa-sisa hidupnya di tanah perkuburan Lengkong di Jawa Barat, lapor Tribunnews.
Alasannya ialah dia ingin menebus dosa yang dilakukan ketika zaman muda dan mengingati mati. Dia kini tinggal di kawasan perkuburan itu sendirian untuk memperbanyakkan amal ibadat. Pondoknya di kawasan kubur itu diperbuat daripada buluh yang nampak sederhana dengan keluasan 2x2 meter persegi. Abah turut berkongsi pengalamannya bertemu makhluk halus di kawasan berkenaan.
"Mereka sering keluar dari dalam kubur terutamanya yang belum sampai seminggu. Orang kata itu adalah si mati yang tidak tenang di dalam kubur menyebabkan dia keluar dari kuburnya pada malam tertentu," dakwanya. Ditanya mengenai makan dan minum, Sarji berkata, ada yang mengirimkan makanan kepadanya termasuk daripada anak dan cucu. "Anak cucu datang dan kirimkan. Biasanya makanan atau pun rokok," katanya. Sejak tinggal di situ lima tahun lalu, dia tidak memakai baju. Seorang penduduk, Dedi berkata, Sarji tinggal di situ walaupun mempunyai isteri dan keluarga. Bagaimanapun, isterinya sudah tidak mampu berjalan dan mendegar kerana usia tua. -CARI Sumber: Harian Metro
|
user.name replied at 20-3-2021 01:12 PM
bertemu makhluk halus? sering keluar dari dalam kubur?
Lagubestbest replied at 20-3-2021 03:00 PM
dah tua2 masih taktau kebende. G iktikaf masjid la.
ADVERTISEMENT