Sering dituduh menggunakan 'sugar daddy', penyanyi dan usahawan Syura Badron membuat pendedahan pernah menerima tawaran daripada pihak tidak dikenali dengan bayaran lumayan. Berkongsi dengan Harian Metro, ibu tunggal tiga anak berusia 35 tahun itu berkata, dia menerima tawaran RM100,000 untuk melayan sugar daddy melalui kiriman DM di Instagram, baru-baru ini.
"Saya ditawarkan sekitar RM100,000 hanya untuk perkhidmatan melayan 'sugar daddy' selama beberapa jam yang syaratnya di dalam bilik sahaja. Memang mengejutkan, tapi terima kasihlah saya tak berminat langsung," katanya kepada Harian Metro. Jelasnya, dia dimaklumkan akan menerima RM70,000 sebagai deposit, manakala bakinya akan diberi usai perkhidmatan. Terkejut dengan kiriman mesej itu, Syura sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak memerlukan tawaran sebegitu untuk menyara anak dan keluarga.
"Banyak kesan buruknya, selain wang diperoleh itu memang sah haram di sisi agama. "Apapun, sekarang rezeki saya dan keluarga dimurahkan Allah SWT sejak mengusahakan produk kosmetik Charmant. Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dan terima kasih atas sokongan pelanggan," ujarnya. Bagaimanapun, Syura tidak menafikan tindakan aktifnya memuat naik pelbagai video di Instagram menjadi tarikan pihak berkenaan untuk memberi tawaran. Mungkin kasihan melihat dia bersusah payah buat promosi pemasaran produk di media sosial, katanya. - CARI
|
missmeornot replied at 21-3-2021 11:59 AM
laaaaa x abis lagi ke cite dia ni. pusing2 cite tu jugak
drivethru replied at 21-3-2021 12:13 PM
Aku x percaya. Saja buat cerita nak up diri sendiri yg dah sejuk beku.
"Apapun, sekarang rezeki saya dan keluarga dimurahkan Allah SWT sejak mengusahakan produk kosmetik Charmant. Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dan terima kasih atas sokongan pelanggan," ujarnya.
ADVERTISEMENT