Sebuah kafe di Indonesia yang sengaja memainkan lagu popular ‘Gelang Si Paku Gelang’ sebagai cara halus dan sopan untuk menyuruh pelanggannya pulang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi video TikTok yang dikongsi @prasbaji, dia bersama rakan-rakannya makan di sebuah kafe yang tidak didedahkan lokasi, baru-baru ini. Kafe tersebut sepatutnya ditutup pada pukul 8.45 malam namun pelanggan di situ termasuk perakam video masih tetap berbual dan enggan berganjak biarpun waktu sudah menunjukkan pukul 9.05 malam. Tidak lama kemudian, lagu ‘Gelang Si Paku Gelang’ kedengaran diputarkan dengan kuat di kafe tersebut.
Lagu dengan lirik ‘Pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama-sama’ itu dianggap digunakan sebagai cara halus pekerja kafe yang meminta pelanggannya supaya beredar dari premis berkenaan. “Kalau di tempat saya, caranya ialah dengan memadamkan lampu dan menolak kerusi dan meja,” tulis seorang pengguna media sosial. “Kasihan pekerja kafe dapat pelanggan seperti ini, saya juga pernah alami situasi sama,” komen seorang lagi. Setakat ini, video tersebut sudah ditonton lebih 100,000 kali dengan lebih 7,000 tanda suka. Sumber: Kosmo
|
salmon-suki replied at 22-3-2021 05:25 PM
Kt msia ni,kalau ada jgk degil nak balik,pasang lagu ulik mayang ke,lagu lingsir wengi ke..baru dorg ...
ADVERTISEMENT