CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Najuwa Sah Dah Putus Tunang, Zul Ariffin Ke Puncanya?

22-3-2021 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17807| Komen: 88

Apa masalahnya hubungan cinta dan status pertunangan pelakon Intan Najuwa? Sekejap okey, tiba-tiba dikatakan putus pula.

Lebih panas, gosip bertebaran mengatakan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid kini menjalin hubungan dengan aktor Zul Ariffin.



Kredit foto: IG Intan.Zul

Namun, bagai mengesahkan khabar angin yang berlaku, Intan dalam satu status di Instastory miliknya pada Isnin mengesahkan dia bukan lagi tunangan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

Dia mendedahkan perkara itu ketika berkongsi soalan netizen menerusi 'Ask Me Question' yang mendedahkan hubungan itu sudah berakhir.
Intan kemudian membalas dia dan bekas tunangnya sudah bahagia serta gembira menjalani kehidupan masing-masing seperti yang pernah diberitahu sebelum ini.

Dah lama buat hal masing-masing dan gembira dengan kehidupan sendiri, katanya yang berharap selepas ini tiada ini lagi soalan seumpama itu.




Pada Februari 2020, pelakon berusia 24 tahun itu dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dengan Razrul.

Bagaimanapun, beberapa bulan kemudian iaitu sekitar Jun 2020, status mereka menjadi tanda tanya semula apabila Intan berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut.

Intan kemudian tampil mengakui lelaki dalam foto tersebut adalah Razrul dan memberitahu hubungan mereka masih baik biarpun sudah berpisah.

Pada Isnin, mStar turut menerima mesej yang mendakwa aktres kelahiran Johor Bahru itu meninggalkan bekas tunangnya disebabkan orang ketiga aktor Zul Ariffin.



Namun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan komen daripada Razrul gagal apabila ahli perniagaan itu tidak menjawab mesej yang dihantar.

Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-3-2021 04:16 PM
Omg gosip ni soo yesteryears dah pun. Tak sangka di kala sheols sendu di up balik.
Quote belilies 22-3-2021 04:32 PM
Low taste betul lah peti ais kalo ngan sheols ni. Dahle katek, comot pulak tu. Bukan aritu heols digosipkan cek-in ngan fify azmi? Pastu menggedik ngan rukemuts pepek gatal?
Quote imanjannah 22-3-2021 04:32 PM
ni gosip dr gua mna ni
Quote Kurex 22-3-2021 04:37 PM
Kau cari jantan lain la bodoh! Kau tu dah la tak berbakat, terpaksa jadi murahan demi utk kelangsungan hidup & kekal relevan! Puih!!! Orang dsh tak suka & minat kau la boleh jadi orang dah tak ingat kau sape la ngok!!!! Puihhhhh puihhh puihhh puihhhhh dekat muka kau yg selebet tu
Quote anony-mous 22-3-2021 04:39 PM
TT post artikel guna internet explorer atau i mengalamani dejavu
Quote Belibis 22-3-2021 04:42 PM
Samada retis yang re up cerita atau Cari yang recycle berita.bertabahlahhh.
Quote 3chanceno 22-3-2021 04:49 PM
Nie gosip recycle ke apa???
Quote cikkuntum 22-3-2021 04:52 PM
belilies replied at 22-3-2021 04:32 PM
Low taste betul lah peti ais kalo ngan sheols ni. Dahle katek, comot pulak tu. Bukan aritu heols dig ...

rukemutz pon boleh ke noksssss...
Quote ihtisyam1 22-3-2021 04:57 PM
citer lama ni kan.... minah ni jarang dah tengok kat tv
Quote tipah89 22-3-2021 05:02 PM
boringnya.....................
Quote tiesza169 22-3-2021 05:07 PM
3chanceno replied at 22-3-2021 04:49 PM
Nie gosip recycle ke apa???

Mcm dejavu plak kan... bukan tahun lepas ke dah putus tunang
Quote diamond_intan 22-3-2021 05:25 PM
Da sendu skrg
Quote Ara_roro93 22-3-2021 05:29 PM
Heuuwwww low classs nya taste u julRDL ,
jika terdesak sungguh pong mata I rela lagi nengok u dgn si Kemut hokkeyy !!
Quote belilies 22-3-2021 06:19 PM
cikkuntum replied at 22-3-2021 04:52 PM
rukemutz pon boleh ke noksssss...

Ni haaa... bising kejap satu alam aritu
Quote budakpink 22-3-2021 06:23 PM
Kering sgt la die ni..mane zul nak..zul tu mane leh lepas dari acik gaya..tapi intan ni kalau tembam sikit pun muka mesti bolat..jadi die kene kering mcm ni..baru muka kecik
Quote Tinot7 22-3-2021 06:31 PM
Aritu putus, pastu baik semula. Ni putus balik? Pasni baik lagi ke?
Quote VespaSilbe 22-3-2021 06:35 PM
Hihihi.. terbukak TV3 ptg nih
Setelah Ku Dimiliki
Quote mummyNSA 22-3-2021 06:36 PM
Bukan citer lama ke
{:laugh
Quote Nana_Man 22-3-2021 06:43 PM
budakpink replied at 22-3-2021 06:23 PM
Kering sgt la die ni..mane zul nak..zul tu mane leh lepas dari acik gaya..tapi intan ni kalau tembam ...

U tgk muka mak intan..... mcm tu lah kalau intan tu bulat..

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.109989 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top