Zaman dahulu nak pergi ke bank agak sukar. Selain dari kemudahan tidak banyak seperti sekarang, masalah pengangkutan juga menjadi punca utama orang dulu suka simpan duit di rumah sahaja. Mereka terpaksa mencari inisiatif lain untuk menyimpan duit. Mari kita lihat 10 tempat pelik yang menjadi pilihan mereka simpan duit! 1) Celah buku Kalau ada buku yang dah habis atau jarang dibaca tu, bolehlah selitkan duit di dalamnya. Cuma, kena ingatlah tajuk buku mana. Takut lama-lama tinggal dalam buku kena makan pula dengan gegat yang suka duduk dalam buku macam ni!
2) Bawah atau dalam tilam Anda boleh memilih sama ada nak simpan di bawah atau dalam tilam. Lagi besar tilam, lagi banyak lah duit boleh disimpan. Seronok pula rasa, macam harta karun! 3) Dalam dinding Tak sangka, ada orang memang simpan duit dalam dinding. Dulu-dulu sebab dinding kayu, jadi senang nak selit duit kat situ. Dinding batu pun ada juga tapi nanti anda perlu keluarkan wang untuk ubah suai rumah pula nanti. 4) Bawah lantai kayu Kini rumah moden pun mempunyai lantai kayu. Jadi, pada yang rasa nak guna cara ni, cari satu bahagian di lantai kayu tu yang boleh dicabut untuk letak duit simpanan. Kalau boleh biarlah tempat yang tersorok macam bawah sofa atau bawah katil. 5) Dalam pintu Tak sangka pintu pun boleh jadi tabung. Serius teruja tengok video yang mengalirkan duit simpanan dari dalam pintu ni. Loading FB Post... 6) Bekas simpan beras/ barang dapur Sebaiknya gunakan bekas yang sudah tidak digunakan lagi kerana terdapat pelbagai jenis bakteria yang ada pada permukaan duit takkan nak dicampur pula dengan beras kan. 7) Laci pakaian dalam Tempat peribadi seperti ini memang sesuai dijadikan tempat menyimpan duit kerana laci ini tidak akan dibuka orang lain selain kita. Kita saja yang tahu ada apa dalam laci peribadi tu. 8) Dalam pasu bunga Pasu bunga ni boleh guna yang kosong atau pun yang jenis letak bunga palsu tu. Cumanya, pasu ni selalu jenis terbuka, jadi elok buatkan penutup supaya tak nampak duit yang disimpan tu. 9) Dalam kotak kasut Guna semula kotak kasut anda dan mengolahnya menjadi tabung mengikut kreativiti masing-masing. Memang pelik kan tempan simpan duit ni? Tetapi, bahaya ya simpan duit di rumah. Bukankah lebih baik jika kita simpan di tempat yang lebih selamat dan terjamin seperti bank. Alang-alang suka menyimpan duit, di sini kami kongsikan tip menyimpan duit. Semua ni untuk membuatkan anda rasa lagi seronok dan konsisten bila menyimpan. 1) Ikut warna duit Tips ini selalunya popular di kalangan rakyat Malaysia. Simpan ikut kemampuan dan kegemaran anda mengikut warna duit. Yang penting kena betul-betul disiplin bila ada saja duit warna tu kena pejam mata dan masuk dalam tabung. 2)Tukar dengan tabiat buruk Tip ini khas untuk yang suka merokok atau boros berbelanja. Bila rasa saja nak beli rokok atau beli barang yang dah banyak dekat rumah, terus masuk duit tu dalam tabung! 3) Main kutu Main kutu ni sebenarnya salah dari segi undang-undang, apa kata cuba main kutu selamat Maybank2U kerana lebih dipercayai. 4) Cari tukang simpan Ini kalau memang dah sampai tahap tak percaya dekat diri sendiri. Anda boleh meminta orang lain yang anda percayai untuk simpankan duit anda . Walaupun gaji tak banyak, tetapi sentiasalah beringat untuk menyimpan kerana duit inilah yang akan kita guna pada waktu kecemasan. Sediakan payung sebelum hujan. - CARI
|
Bholatchomel replied at 23-3-2021 02:39 AM
arwah mak aku dulu suka selit duit bawah tikar getah..
akmal replied at 23-3-2021 05:32 AM
brg kemas kt mana plak nk sorok..
user.name: acik2 kepam opah2 suka simpan dalam bra melekat kat celah tetek motip tak masuk list? tak cukup pelik kah?
Plain-tif replied at 23-3-2021 07:28 PM
Cleaner office aku simpan duit dalam peti ais
ADVERTISEMENT