CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Semakin Dapat Perhatian, Wana Ali Tak Pernah 'Control Cun' Semasa Berlakon

23-3-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2784| Komen: 4

Pengalaman yang semakin banyak ditimba dalam lakonan menjadikan lakonan bakat muda dan jelita, dikenali Wanna Ali semakin matang.

Dia yang tidak pernah kontrol 'cantik' kerana boleh membataskan lakonan, gembira apabila drama Angkara Cinta dibintanginya semakin mendapat perhatian penonton.


Wanna, 24, berkata, cabaran terpaksa dilalui mereka apabila penggambaran drama yang ditayangkan menerusi slot Tiara, saluran di Astro Prima itu masih belum selesai sepenuhnya.


Foto: IG

"Hakikatnya, drama ini sudah ditayangkan walaupun kami masih di lokasi. Kami sudah menempuh lapan bulan penggambaran dan syukurlah hanya tinggal 15 hari untuk dihabiskan.

"Jika tanya tentang 'rating', setakat ini daripada maklum balas penonton dan pengarah, semuanya berpuas hati. Itu yang memberikan saya keyakinan untuk terus buat yang terbaik untuk cerita ini.

"Tak dinafikan dalam tempoh lapan bulan penggambaran, sebagai manusia tak setiap hari kita dalam keadaan baik. Tapi untuk hari-hari berikutnya, saya berjaya bawa watak Adira dengan baik.

Saya tahu kemampuan saya dan setakat ini semuanya okey," katanya.

Menerusi drama arahan Hadith Omar ini, Wanna digandingkan dengan Hun Haqeem sebagai hero.



"Keserasian saya dengan Hun pun okey. Sangat-sangat bagus dan kalau babak bergaduh, babak 'sweet' sememangnya mendapat pujian ramai. Lakonan kami sangat natural.

"Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain yang amat berkualiti.

Dalam tempoh penggambaran yang lama ini turut menjadikan hubungan kami sangat rapat, termasuk dengan pekerja produksi.

"Saya pasti akan rindukan mereka. Ditambah, biasanya penggambaran drama yang panjang akan terpalit pelbagai isu seperti bermasam muka, tapi pekerja produksi ini semuanya baik hati dan tiada sebarang masalah pun," katanya.



Wanna tidak menafikan peminat terpaksa membuat pilihan untuk menonton pelbagai drama yang ditayangkan di pelbagai stesen TV termasuk drama popular Marry Me Senorita lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann.

Baginya setiap drama yang dihasilkan mempunyai keistimewaan tersendiri di mata penonton.

"Kami tak rasa tercabar dengan drama ini. Penggambaran dibuat pada masa yang hampir sama, namun Angkara Cinta ada kelompok penontonnya sendiri kerana ditayangkan sejak tahun lalu.

"Jadi kesannya tidak ketara sangat, bila Marry Me Senorita ditayangkan. Saya berani cakap begitu kerana asalnya sebanyak 70 episod, ia dipanjangkan lagi menjadi 90 episod kerana maklum balas yang bagus.

"Kemudiannya, dipanjangkan lagi kepada 115 episod atas permintaan Astro pula. Jadi, tidak keterlaluan saya letakkan keyakinan Angkara Cinta ada pengikut tersendiri," katanya.



Bercerita mengenai perancangan selepas ini, Wanna berkata, dia akan menghabiskan penggambaran Angkara Cinta dan akan berehat sepanjang Ramadan.

"Pada Mei nanti, baharulah saya akan bekerja semula untuk drama terbitan Suhan Movies. Buat masa ini saya kena fokus pada lakonan.

"Tak dinafikan mama saya (Datuk Ayu Puteh) mempunyai produksi sendiri iaitu Pencil Pictures & Records dan saya ada perancangan untuk ambil alih.

"Tapi, ia bukan berlaku dalam masa terdekat. Saya nak buat persediaan, tapi mama kata tak perlu dan jangan ganggu kerana dia masih ada semangat untuk terbitkan drama dan filem," katanya.

Wanna berkata, ibunya sebaliknya menyuruh dia terus fokus dengan karier sekarang terlebih dahulu.

"Mama minta saya gilap nama, timba pengalaman dan tengok bagaimana produksi bekerja.

"Kemudian, bila dah ada pengalaman baru saya boleh buat. Daripada terus masuk tanpa ilmu, lagi berisiko sebab tak boleh terus buat.

"Saya kena mula dari suatu tempat dan berada di bawah dahulu. Cari pengalaman dan selepas itu, baru rancang ambil alih Pencil Pictures & Records," katanya.



Wanna juga memuji ibunya yang kental dan bersemangat waja berdepan cabaran dalam industri.

"Sebenarnya mama ada pasukan tulang belakang yang kuat untuk sokong dia dan tidak bergelut seorang diri.

"Memang dia penerbit yang keluar semua bajet, tapi ada kumpulan yang sokong dari belakang.

"Selain itu, mama juga kental dan boleh kendalikan perkara ini dengan bantuan pasukan tulang belakang yang kuat," katanya yang enggan berbicara soal cinta. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-3-2021 02:14 PM
Sendunya benang kau ni pompuan
Quote rajamoney 23-3-2021 02:36 PM
mmg minah ni cun pun

korang jeles

Quote jargon 23-3-2021 04:14 PM
Ada aura keling di air muka sheols..mcm elisah sandah jugaa..
Quote September14 23-3-2021 04:17 PM
Basic nya muka dia.. seyes susah nak ingt

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039520 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top