CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kahwin Janda Hanya Kerana Nak Curi Telefon

23-3-2021 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2715| Komen: 15

Seorang lelaki nekad mencuri telefon bimbit isteri yang baru dinikahinya.

TribunNews melaporkan, selepas bernikah, suspek mengambil telefon bimbit mangsa secara senyap-senyap dan memaklumkan kononnya dia mahu pulang ke Pulau Bangka.



Gambar hiasan

Difahamkan, Susanto alias Jimy, 40, yang menikahi janda itu berjaya melarikan telefon bimbit mangsa sebelum ditangkap polis di Kertapati, Palembang.

"Anggota menahan suspek yang mencuri telefon bimbit isterinya sendiri, Siti, 43, yang baru dinikahinya," kata Ketua Polis Daerah Kertapati AKP Irwan Sidik.

Menurut laporan, suspek mengenali mangsa menerusi laman sosial mencari jodoh janda-duda.

Mereka berkahwin pada 28 Februari sekitar jam 8 malam di rumah mangsa dengan mas kahwin berupa wang sebanyak 50,000 Rupiah (RM14).

Selepas majlis akad nikah, mereka dikatakan tidur bersama sebelum suspek mengejut mangsa jam 4 pagi kononnya dia mahu pulang ke Pulau Bangka.


Bagaimanapun, apabila mangsa mahu menghubungi suaminya keesokan hari, dia mendapati telefon bimbitnya tiada.

"Ketika mahu meminjam, dia mendapati telefon bimbit anaknya juga tiada," katanya.

Curiga dengan keadaan itu, mereka terus membuat pemeriksaan hingga mengetahui lokasi suspek.

Hasil siasatan mendapati ia bukan kali pertama, malah kali keempat suspek berbuat demikian. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 23-3-2021 02:28 PM
penting ke berita2 indon masuk sini?semak la
Quote kakikuDibibirmu 23-3-2021 02:30 PM
Baca tajuk jah sah yindon caprut
Quote jazaa100 23-3-2021 03:09 PM
dpt main ke tak?.....
klu dpt, 2in1 lah.....
Quote syaz_lina 23-3-2021 03:12 PM
aneh2 bangsa indo ni punya peel
Quote copy_paste 23-3-2021 03:16 PM
adoiii mcm tu pun jadi...
Quote Belibis 23-3-2021 03:29 PM
Jauh ke depan pemikirannya,bukan sekadar di luar kotak.
Quote Eliadaisy83 23-3-2021 03:50 PM
Indon dan goblok berpisah tiada..
Quote gede-bab 23-3-2021 04:55 PM
walau kena tangkap tak rugi la kan...dah dapat...
Quote Boomibulat 23-3-2021 04:59 PM
Mesti harga hp berkali ganda lebih mahal dari hantaran janda tu..
Quote diamond_intan 24-3-2021 12:18 AM
Baru kawen pastu takkan wife xnk ikut g pulau bangka. Citer yindon jer mesti pelik2. Baik drama atau real life
Quote me12345 24-3-2021 07:47 AM
Laaa...majlis kenduri lagi murah drpd telefon ke...
Quote NekNgah 24-3-2021 02:06 PM
Setakat nak curi handphone perlu ke bernikah??

Dah kahwin janda kaya, kurang-kurangnya dapatlah 2-3 urat rantai, beberapa ketul loket, gelang, dan cincin.  Paling mudah nak bawa lari sudah tentu duit tunai.

Jap nak tepuk dahi..
Quote Scheherazade 24-3-2021 03:30 PM
semata nk curi fon. Kelakar la
Quote Skuau 24-3-2021 03:56 PM
Gaji berjuta kat indon...nak mencuri jugak ka...ngapain lue???
Quote hasniey 24-3-2021 05:10 PM
NekNgah replied at 24-3-2021 02:06 PM
Setakat nak curi handphone perlu ke bernikah??

Dah kahwin janda kaya, kurang-kurangnya dapatlah 2 ...

Nikah pon ok...modal bru rm14..nikah koboi je ni
Siap tido sama2 lg...jantan haprak betul laki tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.109780 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top