Selain perbezaan usia dan jarak, jodoh juga tidak mengenal keadaan fizikal seseorang. Kalau dah cinta sepenuh hati, si dia pasti akan menerima seadanya dan tolak tepi soal paras rupa atau ketinggian pasangan. Terbaru, tular beberapa keping gambar berbentuk video di aplikasi TikTok memaparkan pengantin perempuan yang memiliki fizikal ‘kecil molek’ selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya. Video tersebut dimuat naik oleh salah seorang kenalan terdekat pengantin yang dikenali sebagai @misspikah96 sehingga meraih ratusan ribu tontonan. Selamat pengantin baru Yaya! Walaupun tidak mencapai ketinggian suaminya, pengantin perempuan yang dipanggil Yaya itu tetap tersenyum manis meraikan hari bahagia dengan menjayakan ‘photoshoot’ bersama suami tercinta. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan selain mempersoalkan umur wanita tersebut yang disangka masih kanak-kanak lagi. Tidak berdiam diri, salah seorang keluarga pengantin lelaki tampil menjelaskan kepada semua bahawa pengantin perempuan berkenaan sudah berusia 27 tahun. Comelnya! Siapa kita mahu menilai jodoh orang lain, asalkan sudah halal dan menjalani kehidupan dengan bahagia. Selamat pengantin baru! Sumber: TikTok @misspikah96
|
Normabaru replied at 23-3-2021 11:33 AM
Wow..even 2b pon
supermum replied at 23-3-2021 11:08 AM
Ada dwarfism kot. Tu yang kecik sangat
tricomonas replied at 23-3-2021 11:36 AM
i know guys....we're thinking the same thing...hahahahahahahaha
Suchi replied at 23-3-2021 09:34 PM
Apa yg uols pikir iols lak tak sedap hati bila nengok lelaki suka wanita bersaiz kekanak
Harap ni ...
Suchi replied at 23-3-2021 09:32 PM
Ni jenis kerdil versi mcm replika eh ke apa tah org panggil.
Dulu iols rajin layan reality show h ...
ADVERTISEMENT