Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dalam satu kenyataan melarang selain umat Islam daripada menggunakan kalimah Allah. Menerusi kenyataan dikongsikan di laman sosial, Sultan Selangor bertitah demikian merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes Jill Ireland binti Lawrence Bill melawan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia baru-baru ini. "Beta menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku-buku dan tulisan-tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk sekalipun yang mengandungi kalimah Allah tetap dilarang samasekali penggunaannya di Negeri Selangor.
"Beta mengulangi pendirian Beta bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan. Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam," titahnya. Baginda bagaimanapun tiada halangan sekiranya perkataan “Tuhan” digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan “God”.
|
dess402 replied at 23-3-2021 04:07 PM
Sultan johor sudah , sultan selangor udah .
Sultan pahang. ??
nashrudean replied at 23-3-2021 04:25 PM
bagus...cuma geng2 Sabah Sarawak je la yg panas nnti kan termasuk moslem sana..org sana spt biasa ak ...
Redskin replied at 23-3-2021 04:54 PM
Alhamdulillah Sultan2 sebagai Ketua Agama campur tangan dlm isu kalimah Allah.
Sepatutnya undang2 ...
jazaa100 replied at 23-3-2021 06:09 PM
tlg tepek muka hakim yg benarkan tu.....
melayu islam rasanya tu kannnn
Redskin replied at 23-3-2021 04:54 PM
Alhamdulillah Sultan2 sebagai Ketua Agama campur tangan dlm isu kalimah Allah.
Sepatutnya undang2 ...
"Beta mengulangi pendirian bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam
dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang
mempunyai sifat- sifat kesempurnaan.
"Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain
daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam,"
Bagaimanapun baginda tiada halangan sekiranya perkataan 'Tuhan'
digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan 'God'.
"Adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk penggunaan kalimah Allah jika terdapat
unsur-unsur penyalahgunaan atau penghinaan terhadap kalimah Allah itu.
"Beta menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam terutamanya umat Islam
di Negeri Selangor untuk menjaga kesucian kalimah Allah pada setiap masa dan di dalam
apa jua keadaan sekalipun," titahnya.
Larangan penggunaan kalimah Allah sepertimana yang diperuntukkan di bawah ikut
Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988)
yang diwartakan pada 7 Julai 1988.
rajamoney replied at 23-3-2021 09:19 PM
sejak2 kristian nk guna kalimah bahasa arab ni
dan sejak2 isu bahasa asal Nabi Isa dibangkitkn
...
pastor sekor tu reply aku red
sebelum ni aku baca dia mengaku diri dia Quranist
tk pasal2 terkena ayat meremas puting ngn aku red
lawak tol aku rasa
lg lawak pastor M da tukau salin kulit jd imam
Redskin replied at 23-3-2021 09:44 PM
Aku saja diam, peratikan ajer Pader2 Vaticanus ni yg nyamau Islam.
ADVERTISEMENT