Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal meluahkan rasa kesal dan kurang senang terhadap sikap segelintir pemandu lori di kawasan perumahannya yang didakwa melakukan provokasi. Menurut pelakon berusia 30 tahun ini menambah, ada ketikanya kenderaan berat itu parkir sesuka hati selain memandu secara melulu.
Katanya menerusi Instagram, ia bukan kali pertama mereka memandu secara berbahaya. "Selalu provoke penduduk di sini, seperti parking sesuka hati, bawa lori secara melulu, dan DEGIL! “Sebentar tadi, lori ini keluar dari tapak pembinaan dengan laju, dan menggesa kenderaan kami untuk undur.. dan mengancam untuk melanggar..mata pemandu merah, ini bukan kali pertama terjadi, dan bukan sahaja pada kami.. (untuk kami dah kali ketiga),” tulisnya. Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin menjelaskan situasi yang berlaku juga disifatkan keterlaluan.
Malah, mereka juga tidak takut apabila diugut mahu membuat laporan. Justeru, Nad menggesa pemilik tapak projek berkenaan serta pihak berkuasa mengambil tindakan. Sumber: Media Hiburan
|
Nenasketum replied at 24-3-2021 02:01 PM
Ya, balai polis netizen alam maya disini.
Retis retis, dah lah tamak, tak bayor i/tax pastu lembam ...
Belibis replied at 24-3-2021 04:36 PM
Rakam bideo,antar kat jpj.saman akan menyusul kemudian.
ADVERTISEMENT