CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putera Harry Dah Dapat Kerja

24-3-2021 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5075| Komen: 22

Putera Harry menyertai syarikat Lembah Silikon, BetterUp sebagai Ketua Pegawai Impak, kata syarikat itu kepada CNN Business hari ini.

Jurucakap The Duke of Sussex juga mengesahkan perkara itu.


BetterUp menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kesihatan mental kepada pelanggan.


Kredit foto: Geo.tv

Laman web syarikat menyenaraikan Harry sebagai sebahagian daripada pasukan kepimpinannya, yang menggambarkan beliau sebagai kemanusiaan, seorang veteran tentera, menyokong kesihatan mental, dan ahli alam sekitar.

"Harry menyertai syarikat itu beberapa minggu selepas beliau dan Duchess of Sussex, Meghan Markle, membuat pendedahan mengejutkan dalam rancangan temubual Oprah Winfrey berhubung keputusan mereka meninggalkan istana.

Pasangan itu, yang tinggal di California, juga menangani tekanan kehidupan di istana terhadap kesihatan mental mereka.


The Wall Street Journal adalah yang pertama melaporkan bahawa Harry menyertai syarikat berkenaan.

Akhbar itu berkata, di BetterUp, Harry berperanan menyediakan input bagi keputusan strategi produk dan sumbangan amal, serta memberikan sokongan secara terbuka mengenai topik berkaitan dengan kesihatan mental.

Katanya, BetterUp enggan mengulas berapa jumlah yang akan dibayar kepada Harry.

Ini adalah peranan dan tugas yang amat bermakna," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alexi Robichaux, kepada Wall Street Journal.

Harry menjelaskan alasannya untuk menyertai BetterUp dalam catatan blog syarikat, dengan menyatakan bahawa beliau menyedari minat bersama untuk membantu pasukan Robichaux.

"Apa yang menarik perhatian saya mengenai BetterUp adalah bahawa misi syarikat untuk mencungkil potensi individu di mana sahaja yang memerlukan inovasi, impak, dan integriti," katanya.


Kredit foto: BetterUp

Harry berkata, beliau secara peribadi mendapat manfaat daripada bimbingan yang disediakan oleh BetterUp.

"Saya secara peribadi mendapati, bekerja dengan BetterUp memberikan pengalaman tidak ternilai harganya.

Saya dipadankan dengan pasukan yang benar-benar hebat yang memberikan saya nasihat yang bernas dan perspektif baharu," katanya. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 24-3-2021 02:37 AM
baca komen2 ummah kokesen kt twitter reuters sana,kemain hebat depa berjemaah mengutuk harry ni
ada yg kata "Zero working experience pun bleh dpt keje title chief"
Quote Dwdrum 24-3-2021 02:43 AM
Jeeeeeeeeeeeeeeez.........
Quote FOTHER-MUCKER 24-3-2021 02:47 AM
cmf_premierleag replied at 23-3-2021 10:37 AM
baca komen2 ummah kokesen kt twitter reuters sana,kemain hebat depa berjemaah mengutuk harry ni
ada ...

Salah satu


Quote 3chanceno 24-3-2021 07:57 AM
cmf_premierleag replied at 24-3-2021 02:37 AM
baca komen2 ummah kokesen kt twitter reuters sana,kemain hebat depa berjemaah mengutuk harry ni
ada ...

Same thoughts tapi dia lainnnnnn..blue blood kot
Quote Normabaru 24-3-2021 03:40 PM
Ya Allah sukurrrrrrrrrrrrr
Quote reddots 24-3-2021 04:05 PM
kenapa masih disebut Prince Harry, Duke of Sussex.. kan dia dah jadi marhaen.. tulis harry jer lah
Quote Nenasketum 24-3-2021 04:18 PM
Boleh ke keje depa ni? Elok sikit jer dari segi show off dengan yang ada kat sini.
Quote cheergirlz 24-3-2021 04:56 PM
sbb blood bole laa... irl idk..
Quote makneng 24-3-2021 05:12 PM
Kelulusan akademi sebaris ke berbaris baris? {:nose
Quote helicornia 24-3-2021 06:13 PM
cmf_premierleag: baca komen2 ummah kokesen kt twitter reuters sana,kemain hebat depa berjemaah mengutuk harry niada yg kata "Zero working experience pun bleh dpt kej ...

ummah omputih pun kuat membawang juga yek
Quote airmineral 24-3-2021 07:05 PM
apa qualification dia ni
iols ingatkan dia jadi pekerja bawahan dulu
tp title post tu npk gah{:smile
Quote MsBritney 24-3-2021 10:09 PM
Downgrade ke
Quote slavehunter 24-3-2021 10:21 PM
Kesian dia ni....digula gula dik bini jer. Let see berapa lama setelah betrayed abang dan bapak sendiri.
Quote 234126 24-3-2021 10:22 PM
Aik. Wife dia kata takda dapat sokongan dan pertolongan masa dia mental breakdown sampai suicidal. Habis heri buat apa sepanjang kejadian wife tgh breakdown tu? Ni dapat kerja nak help mental health orang pulak, mcm mana? Astaga
Quote delia3003 24-3-2021 10:23 PM
Edited by delia3003 at 24-3-2021 10:28 PM
airmineral replied at 24-3-2021 07:05 PM
apa qualification dia ni
iols ingatkan dia jadi pekerja bawahan dulu
tp title post tu npk gah{:smi ...


Position atas nama je, bukan dia manage pekerja2 bawah dia pun. Setakat pergi meeting level atas2 je bagi input sket, nampak ler ada kerja. Ala lebih kpd lantik dia utk PR je. Begitu ler senang nye org yg ada privilege mcm harry ni buat duit. Tak perlukan kelulusan dan pengalaman kerja.

Tapi position chief impact officer tu kelakar ler bunyi nye
CFO, COO, CEO sedap gak bunyi
Quote far-risk 24-3-2021 10:25 PM
reddots replied at 24-3-2021 04:05 PM
kenapa masih disebut Prince Harry, Duke of Sussex.. kan dia dah jadi marhaen.. tulis harry jer lah

kan. call him Harry jer supposedly
Quote LadyCarefree 24-3-2021 10:44 PM
Takyah ah tunggang title Duke tu
Quote CaqJora 24-3-2021 11:01 PM
Dengan pekerjaan ini maka secara rasmi la Harry dh terkeluar dari menjadi ummah aristocrat. Welcome to the working class world, Harry. Dah boleh sambut Hari Pekerja la pasni
Quote Aikiko 24-3-2021 11:18 PM
Abistu sebelum2 ni, dia keje apa??
Takkan setakat jadi putera dan buat lawatan diplomasi jerk....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040340 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top