CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didenda RM400, Instafamous Tunggang RXZ Mohon Maaf

24-3-2021 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4576| Komen: 24

Padah memuat naik video menunggang motosikal Yamaha RXZ dengan tidak mempamerkan nombor pendaftaran, seorang instafamous wanita didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Afifie Laila Abdullah, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab. Latif.



Kredit foto: Utusan

Berdasarkan pertuduhan, wanita yang sudah berkahwin itu didakwa menunggang motosikal dengan tidak mempamerkan nombor pendaftaran hadapan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Kampung Padang Pulut di sini, kira-kira pukul 6.15 petang,12 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Samsul Ab. Wahab mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM300 hingga RM3,000, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan Afifie Laila dikompaun RM300 oleh JPJ kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal Yamaha RXZ dan kesalahannya itu dikesan pihak berkuasa selepas video yang dimuat naik tular dalami media sosial.



Ihsan Pembaca

Sementara itu, Afifie Laila ketika ditemui pemberita berkata, dia mengambil iktibar dan memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan.

“Selepas ini saya lebih berhati-hati ketika membuat sebarang reviu kandungan di laman sosial,” katanya. 




Sumber: UTUSAN ONLINE
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 24-3-2021 03:25 PM
fame and stupidity..
well done!
Quote Skuau 24-3-2021 03:28 PM
FEMES ngn mende2 pelik..pon bangga jugak ka???
Quote Chriatina 24-3-2021 04:33 PM
Famous ?? {:dot
Quote pxlbb 24-3-2021 04:41 PM
Ingat bbnu je nak buat bodo dah 30-an dah pon
Quote uori 24-3-2021 04:48 PM
Malaysia ni kotor, tandas pulak takyah cakaplah. Cuba orang yang buat salah cenggini bagi denda buat kerja pembersihan longkang atau tandas ke selama setahun, sure serik kan. Takat duit ni, tak jalanlah
Quote Artemesiaa 24-3-2021 05:03 PM
Moga serik
Quote yylkasy 24-3-2021 05:04 PM
Femes celah bedah mana lah. Tak kenal pon. Kalau lalu sebelah ni i ingat akak keje kedai tomyam
Quote auntyonion 24-3-2021 07:07 PM
hari2 naik pasal instapemes, tapi haram sorang pn aku tak kenal pemes tang mana {:dot
Quote Mulotkoyak 24-3-2021 07:48 PM
Mesti acik2 forum sini banyak yang follow instafemes ngn ig retis kan?  kih3...suke sgt kone stalk deme...
Quote che-cikL 24-3-2021 08:48 PM
Ada gak dpt video dia ni 2 minggu lepas kut, tapi masa tu kawan2 dlm WhatsApps kata dah kena denda dah. Kawan2 iols blh meramal masa depan ke?

Bila kejadian ni?

Pastu iols terpaksa gigih mengGoogle Padang Pulut tu kat mana, sebab puas baca ke atas ke bawah ke atas ke bawah di mana gamaknya  tempat kejadian "di sini" yg dlm artikel TT @CARI-MAL letak
Quote diamond_intan 24-3-2021 09:41 PM
Femes kat kg pulut dot com je
Quote Carcosa 24-3-2021 10:28 PM
PADANNNN MUKA KAU ANJIRRRR
Quote CaqJora 24-3-2021 11:04 PM
Orang lain tonggeng bontot dpt duit, minah ni tonggek jubs hilang duit. Padan muka ko dik
Quote Belibis 24-3-2021 11:04 PM
Nak minta maaf buat apa? Ko cuma salah dengan jpj jer.dah bayar saman,setel la.bukan buat dosa dengan sapa2 punnnn..
Quote missyL 24-3-2021 11:13 PM
Gaya mcm bangga je..
Sian umat manusia skang.
Hadap sgt nk viral
Quote Perawankota 25-3-2021 12:42 AM
Ntahapahapa laaaa
Quote hazzy0304 25-3-2021 06:30 AM
Kata femes. Mslh ny sape wehhh ? Whu are yusss ?
Quote dodolgemok 25-3-2021 07:32 AM
Instafemes kononnya padahal xdikenali pon. Ujong2 buat benda bodoh nak nampak femes. Cash buat instabodoh!
Quote makton 25-3-2021 07:50 AM
benda negatif jugak yg dibanggakan

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043861 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top