Kehidupan di dalam laut memang mempunyai banyak misteri yang tersimpan. Kini semakin lama, misteri lautan semakin terungkap apabila banyak penemuan makhluk aneh yang dijumpai. Seorang nelayan telah menjumpai makhluk laut seperti ular yang aneh di perairan Alaskan baru-baru ini. Sehinggakan netizen memberikan gelaran ‘raksasa laut’ di media sosial. Nelayan berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Nate Iszac itu berkongsi gambar makhluk misteri yang dijumpainya. Dia memberitahu makhluk aneh itu mempunyai panjang yang hampir separuh panjangnya dari seorang lelaki dewasa. Rupanya juga agak mengerikan dengan rahang besar dan gigi tajam seolah-olah makhluk yang biasa ditengok di dalam filem. “Saya pernah melihat makhluk yang sama sebelum ini dan tahu bahawa mereka boleh menggigit dengan sangat kuat, jadi kami sangat berhati-hati.” Oleh kerana tidak pasti dengan identiti sebenar makhluk itu, dia kembali melepaskannya semula ke lautan selepas mengambil gambar. Rata-rata netizen di ruangan komen menggambarkan makhluk aneh itu sebagai alien atau makhluk asing kerana rupanya yang menakutkan. “Macam raksasa!” “Menakutkan!” Belut serigala ini atau wolf eel dikatakan mempunyai gigitan yang cukup kuat jadi gigitannya sangat berbahaya. Rahangnya yang besar juga mempunyai kekuatan di luar jangkaan di mana belut seperti ini menjadikan kupang dan kerang sebagai makanan mereka. Sebelum ini, spesies yang serupa boleh membuat tin minuman ringan kemek walaupun selepas kepalanya dipotong. Walaupun kelihatan menakutkan, sikapnya tidak agresif dan antara spesies yang sering dijumpai oleh penyelam skuba di lautan yang dalam.
SUMBER IBT |
ADVERTISEMENT