Sudah menjadi impian semua orang ingin membeli rumah walaupun sebiji. Kalau bukan untuk berteduh bersama keluarga tercinta, mungkin juga rumah tersebut boleh dibuat sebagai pelaburan. Sekiranya anda kurang berkemampuan untuk membeli rumah baru dari segi ekonomi dan harganya sekarang yang boleh dikatakan tinggi dan mahal, anda bolehlah beralih arah membeli rumah subsale pula. Apa itu rumah subsale? Rumah subsale atau lebih dikenali sebagai rumah second hand iaitu rumah yang pernah dimiliki individu yang telah membeli rumah baru dari pemaju lalu dia ingin menjualnya semula. Proses membeli rumah jenis ini terbahagi kepada 2 iaitu samaada anda beli rumah tersebut terus dengan tuan rumah ataupun menerusi ejen hartanah berdaftar. Walaubagaimanapun adalah tidak digalakkan jika anda deal dengan broker atau orang tengah yang tidak berdaftar. Jika anda sedang berfikir untuk beli rumah di pasaran subsale, berikut adalah panduan asas cara beli rumah subsale impian anda. 1. Hitung kos pembelian rumah dan tetapkan bajet anda Menentukan bajet anda adalah langkah pertama sebelum memulakan perjalanan pembelian hartanah anda. Apabila mengetahui berapa jumlah yang anda mampu, barulah anda boleh memilih tawaran yang bersesuaian. 2. Pilih rumah subsale yang sesuai Pertimbangkan faktor seperti lokasi harta tanah dan kawasan sekitarnya; saiz harta tanah; jarak dan kebolehcapaian ke tempat kerja anda, kemudahan penting seperti sekolah, hospital, kemudahan riadah dan keugamaan; dan persekitaran yang selamat dan bersih. Usia rumah sekunder tersebut dan jangka masa pegangan tanah sebelum anda membelinya juga merupakan faktor penting lain yang harus diambilkira. 3. Buat perbandingan harga dan pilihan yang sesuai dengan bajet anda Bagaimanakah anda dapat menilai harga pasaran semasa rumah sekunder di kawasan kejiranan yang anda minati dan jika ia dalam lingkungan bajet anda? Untuk harta tanah Malaysia, terdapat pelbagai laman web yang mempunyai banyak maklumat permulaan. Ia memberikan harga urus niaga terkini untuk rumah tanah dan unit harta tanah bertingkat tinggi di semua kawasan pinggir bandar di negara ini. Antaranya ialah
4. Dapatkan pinjaman perumahan Anda memerlukan duit yang banyak untuk membeli hartanah. Cara terbaik untuk membayar hartanah subsale anda adalah dengan pinjaman perumahan yang telah dicuba dan diuji setelah membayar deposit. Lazimnya tempoh gadai janji biasa adalah sekitar 30-35 tahun. 5. Dapatkan peguam untuk bantu sepanjang proses Dalam mana-mana transaksi hartanah, seorang pembeli harus mengupah peguam untuk proses itu. Melaluinya, mereka akan memastikan anda dapat tawaran yang adil, memeriksa semula perincian kontrak dan lindungi hak anda sebagai pembeli. Bayaran upah peguam mungkin agak mahal, tapi jangan risau sebab anda boleh buat sendiri 3 benda ni untuk jimat kos peguam! i) Tukar nama bil utiliti a. Buka akaun baru Perlu buat bayaran deposit tapi jumlah bergantung kepada jenis rumah yang dibeli. Selepas akaun baru berjaya dibuka, akaun lama perlu dibatalkan oleh pemilik asal dan sebarang tunggakan perlu dibayar terlebih dahulu sebelum menutup akaun lama. Bila dah selesai, deposit akan dipulangkan kepada tuan rumah asal. b. Sambung guna akaun lama Hanya perlu tukar nama pemilik, tetapi anda sendiri (pembeli) kena bayar refund bayaran deposit bil tility kepada tuan rumah asal. Ini sebab dia tak akan terima deposit tu sekiranya tak batalkan akaun. ii) Tukar nama rekod cukai pintu Yang ni senang je! Untuk tukar nama pada rekod cukai pintu, pergi ke Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah untuk buat pertukaran nama dan sediakan dokumen yang diperlukan. iii) Tukar nama maintenance bil dan caj servis Apabila beli rumah subsale, anda perlu maklumkan bahagian maintenance atau Joint Management Body (JMB) bahawa anda pemilik baru supaya mereka boleh update rekod-rekod termasuk bil maintenance dan caj servis. 6. Akhir sekali follow up Kita hidup di zaman teknologi, di mana semuanya dapat diakses hanya dengan klik sahaja. Melalui nombor telefon bimbit, alamat e-mel, dan halaman media sosial ejen hartanah, anda boleh mengetahui maklumat terkini subsale anda. Semoga bermanfaat! -CARI |
untoldname replied at 27-3-2021 06:14 PM
Sekarang banyak rumah subsale yang below market price...so secara tak langsung beli rumah subsale da ...
untoldname replied at 27-3-2021 06:14 PM
Sekarang banyak rumah subsale yang below market price...so secara tak langsung beli rumah subsale da ...
ina_na replied at 27-3-2021 10:36 PM
Aku 3thn lps tuan rumah sewa beria2 nk jual rumah sewa yg aku tgh sewa.. Nsb baik dlm ms yg sama d ...
noell replied at 28-3-2021 12:26 AM
you beli umah cash lembaga tak kaco ka camna??
tagas replied at 27-3-2021 10:14 PM
1. Tgk condition umah kot2 byk damages
lg tambah kos nak kena repair
tagas replied at 27-3-2021 10:14 PM
1. Tgk condition umah kot2 byk damages
lg tambah kos nak kena repair
untoldname replied at 27-3-2021 06:14 PM
Sekarang banyak rumah subsale yang below market price...so secara tak langsung beli rumah subsale da ...
embun replied at 28-3-2021 05:46 PM
Berapa lama proses jual beli dan tukar nama
bintangct replied at 31-3-2021 11:58 PM
selain drp ada yg forumer tagas tu ckp.. actually kena tepuk dada tnya selera sendiri hehe
Kalau ...
untoldname replied at 1-4-2021 01:12 AM
Iols tak dek plak plan nak beli rumah n nak jual balik...plan nak beli rumah sbb nak duduk sndr... ...
apekcool replied at 31-12-2021 08:10 PM
taktau la kan tapi skrg ni susah sikit la nak cari rumah.. aku pun confuse gak dengan banyak bebanan ...
ADVERTISEMENT