CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belah Perut Dan Keluarkan Bayi Rakan, Mayat Dikerat Sebelum Dicampak Ke Tasik

26-3-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2307| Komen: 5

Seorang wanita yang tergamak membelah perut dan mengeluarkan bayi dari rahim rakannya ditahan polis kelmarin selepas berbulan bersembunyi, lapor akhbar Daily Star.

Mariluz Mosquera, 49, ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah selepas polis mengaitkannya dengan jenayah tersebut dengan cara mengenalpasti lokasi barang kemas yang dimiliki oleh mangsa, Yulexis Valecillos.



Kredit foto: Policia de Cali/Newsflash/Daily Star

Menurut Pejabat Peguam Negara Colombia, dalam kejadian pada 8 September 2020 itu, Valecillos yang sedang hamil anak ketiga bercadang untuk berjumpa Mosquera bersama seorang lelaki lain, Luis Victoria, yang merupakan rakan subahatnya.

Mosquera berjanji untuk menghadiahkan ibu kepada dua anak itu pakaian baharu buat bayinya yang bakal lahir.

Valecillos yang ketika itu sedang hamil 35 minggu mati diserang dengan pisau oleh Victoria.


Ibu muda itu sepatutnya bersalin pada 17 atau 18 September 2020, namun Mosquera  dan Victoria terlebih dahulu telah membelah perutnya dan mengeluarkan bayinya.

Ketika ditahan, Victoria memberitahu pihak berkuasa bahawa dia menyembunyikan mayat Valecillos yang sudah dikerat di dalam beberapa bungkus beg plastik sebelum membuangnya ke dalam tasik.

Mayat wanita malang yang sudah dikerat-kerat itu kemudiannya ditemui pada 15 Februari 2021, tiga hari sebelum Victoria ditangkap.

Menurut polis, Mosquera dalam pada itu memalsukan kandungannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kewangan daripada keluarga mendiang suaminya.

Dia turut pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan perubatan pada 8 September 2020 dengan memberitahu petugas kesihatan bahawa dia baru sahaja melahirkan seorang anak perempuan di rumah.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan doktor mendapati wanita itu berbohong dan dia disahkan tidak mengandung serta tiada tanda-tanda melahirkan anak.

Kedua-dua Victoria dan Mosquera disabitkan atas kesalahan menculik dan membunuh.

Suami Valecillos yang sebelum itu melaporkan kehilangan isterinya akhirnya dipertemukan semula dengan bayi perempuannya, Charlotte pada 22 Oktober selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roserouen 26-3-2021 04:28 PM
Crazeeeeee
Quote akmal 26-3-2021 05:04 PM
Gilaaa sanggup belah perut org
Quote Jorja 26-3-2021 09:35 PM
Dan bodoh yg amat. Patut belah perut atau V sendiri juga supaya org pcaya dia bsalin
Quote Lylyna 27-3-2021 01:53 AM
Kalau dari negara belah2 sini mmg takde apa yang pelik.
Quote Redoxon757 27-3-2021 03:14 AM
Takde akal

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.092075 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top