"Saya ingat Instagram Nonny kena godam, tapi apabila Nonny cakap itu adalah dia, luluh hati saya. Rasa macam nak ke Sabah semalam juga jumpa dia dan dengar apa masalahnya. Saya tahu dia sangat baik, anak yang baik."
Itu kata penyanyi, Mila Jirin juga sahabat baik Nonny Nadirah mengenai penampilan terbaharu penyanyi dan pelakon itu yang didakwa sudah membuka tudung. Mila berkata, dia masih berharap Nonny terus mempertahankan hidayah diberikan Allah selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Januari 2019. "Semalam saya menggigil lihat Instagram Nonny. Saya terus menghubunginya. Alhamdulillah, dapat bercakap dengan dia sekejap. Saya sedih kenapa saya tak boleh ada di sisinya untuk dengar semua keluh kesahnya.
|
Levespa replied at 26-3-2021 01:01 PM
mu nak nasihat.. pm je la sahabat mu tu.. habis yg tak tau jadi tau..
KBW2 replied at 26-3-2021 01:10 PM
zaman sekarang mana boleh buat gituh, everything is public!
fazila17 replied at 26-3-2021 01:12 PM
Kawan baik kan.. kenapa tak whatsapp je?
dudaberhias replied at 26-3-2021 01:19 PM
aik kata kawan baik... tak tanya ke kenapa kawan tu siap posing sampai tahap pakai stoking jala ikan ...
ADVERTISEMENT