CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Saman Fitnah Malaysiakini RM283 Juta

26-3-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3134| Komen: 19

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan saman fitnah terhadap portal berita propembangkang Malaysiakini sebanyak RM283 juta.

Tuntutan itu dibuat berdasarkan 22 artikel fitnah setebal 238 muka surat terhadap Presiden UMNO itu.


Writ saman telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi pada 24 Mac lalu.


Kredit foto: The Straits Times

Difahamkan saman itu ada kaitan dengan liputan portal berita berkenaan sepanjang perbicaraan kes mahkamah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan termasuk rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Sebanyak 99 saksi telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan selepas ini hakim akan memutuskan sama tuduhan berkenaan mempunyai prima facie atau tidak.

Tertuduh perlu membela diri jika terdapat prima facie, manakala jika sebaliknya kes berkenaan akan digugurkan.


SPRM mula menyiasat pemimpin UMNO itu selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum pada 2018.

Saksi terakhir perbicaraan itu seorang pegawai kanan SPRM mengakui tidak pernah melihat pemimpin politik dituduh sebanyak itu.

Pihak pembela menegaskan bahawa pertuduhan itu adalah bermotifkan politik. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 26-3-2021 01:32 PM
saman dulu...menang belum tau
Quote awanysss 26-3-2021 02:10 PM
ifanonline replied at 26-3-2021 01:32 PM
saman dulu...menang belum tau

skrg ni kiranya zahid dah menang la..
nanti bila keputusan tak menyebelahi dia, keluar la cite mahkamah tak adil..
tetap geng boskurrr...
Quote Nenasketum 26-3-2021 02:23 PM
Takut naw mahkamah didapati bersalah. Ye la kan, saper plak nak ampunkan dia? Bosskur boleh lah kot minta pengampunan macam Bang Non. Jokowi bisak bagi ampun pak.
Quote Minami2013 26-3-2021 02:25 PM
Amboi.. juta2
Quote None68 26-3-2021 02:25 PM
Banyaknya jumlah saman tu
Quote tripleid 26-3-2021 02:29 PM
Desperetenya wak jahid  nak bg nmpak dia innocent
Quote mrsbale 26-3-2021 03:11 PM
Kalau betul2 xde ape nk ditakutkan, harung je lah trial tu aman2.
Cuba tgk org nk jd PM. Create drama/bising2, lagi tambah org meluat/nyumpah ja.
Quote dodolgemok 26-3-2021 03:11 PM
Jawa pornorogol ni tgah nak cari duit bayar denda nanti lah kot, sbb macam gerenti dah dia sangkut mana2 pertuduhan dia sebanyak 47 kes tu
Quote rashiman 26-3-2021 05:04 PM

kalau kena saman pun... Malaysinikini boleh minta derma dgn rakyat...
Quote R2D2 26-3-2021 06:10 PM
kalau Malaysiakini yg kena saman
sana sini menyalak sekat kebebasan media

kalau org lain kena saman
diam

Quote Orix 26-3-2021 11:11 PM
Nmpak nau gila duit.. dah kaya pun gila duit... dasarr... tgok taylor swift org saman dia juta2, dia saman balik org tu 1 dollar jah.... ujong2 taylor yg menang... itu bru betul pertahan maruah bukan sbb duit
Quote rashiman 27-3-2021 12:31 AM
Orix replied at 26-3-2021 11:11 PM
Nmpak nau gila duit.. dah kaya pun gila duit... dasarr... tgok taylor swift org saman dia juta2, dia ...

kalau saman 1 dollar, nanti yg buat fitnah akan buat dan buat lagi...
tapi jika saman juta2, yg buat fitnah takut nak buat lagi....jika buat jugak lagi, boleh bangkrap.
Quote Orix 27-3-2021 01:03 AM
rashiman replied at 27-3-2021 12:31 AM
kalau saman 1 dollar, nanti yg buat fitnah akan buat dan buat lagi...
tapi jika saman juta2, yg b ...

Yg kena saman 1 dollar tu aman2 jah takdak kes raba punggung perempuan lain lagi.. siap kena buang keje lagik
Quote pyropura 27-3-2021 01:19 AM
Tu lah akibatnya lantik pendatang Pornorogol jadi TPM.
Quote diamond_intan 27-3-2021 03:19 AM
Tahniah kene saman.
Tunggu post dia mintak derma pulak
Quote creep_bite 27-3-2021 07:07 AM
Semoga berjaya Wak Jahid dlm saman beliau...
Quote dizekni 27-3-2021 08:30 AM
Bagus

biar bankrap lidah fitnah PH tu

entah celah mana dapat dana pun tak tahu

duit tokay babi dap ka duit derma cina prc ka
Quote Redskin 27-3-2021 08:41 AM
Hahaha....Terbaik Zahid, saman cukup2
MKini sampai bangkrap.

Sepeti biasa, MKini lidah Dapigs suka buat
Fitnah sedangkan kes masih dlm perbicaraan.
Cacai2 pong telan bulat2 kata2 fitnah MKini.

Apa susah, MKini kena saman kalu, hulur ajer  tin Milo kutip derma rakyat, ramai bahalol2 yg akan sudi menderma...
Quote L211 28-3-2021 12:35 AM
heheheh padan MKini.. agak 2 kalau nak fitnah.. sikit 2 boleh laa.. org tu dah laa kena soal siasat pasal kes rasuah.. itu pon xtau salah ke tak.. dia nk saman tu sbb nak cover lifestyle je

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.232924 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top