CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Hak Saya Halang Shahrol Masuk Politik" - Ajak Shiro

26-3-2021 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5986| Komen: 14

Pelawak dan penyampai radio, Ajak menjelaskan kumpulan Shiro masih lagi aktif dan tidak pernah terkubur meskipun dia bersama pasangannya, Shahrol kini memiliki komitmen yang tersendiri.


Kredit foto: IG Shahrol/Ajak

Jelas Ajak atau nama sebenarnya Muhamad Hanaffi Razak, buat masa ini, Shiro hanya akan memenuhi jemputan bagi projek-projek khas manakala bagi program pertandingan lawak di televisyen pula mereka memutuskan untuk tidak menyertainya lagi.

“Shiro masih lagi ada. Sebenarnya kalau anda perasan saya dan Shahrol banyak bersatu bila projek-projek khas sahaja.

“Kebanyakkannya juga kami jarang dapat undangan bersama. Ada ketika mereka mahu Shahrol, kalau mereka nak saya pula, saya seorang sahaja. Saya pun tak faham mengapa begitu.

“Pada ketika ini ramai juga peminat yang tanya, bila Shiro nak kembali aktif? Tapi buat masa sekarang ni, untuk pertandingan atau apa-apa melibatkan penilaian, mungkin kami dah tak masuk kot,” jelasnya kepada MH.



Kredit foto: IG Ajak

Ditanya mengenai responnya terhadap penglibatan Shahrol di dalam dunia politik, Ajak menjelaskan perkara sedemikian bukan menghalang buat mereka untuk meneruskan persahabatan.

“Sebenarnya Shahrol ni memang suka buat kerja-kerja amal macam tu. Jadi bila dia dah serius ke arah politik, saya rasa bukan hak saya untuk menghalang.

“Malah, saya tengok pergerakan dia ketika ini Alhamdulillah, cantik semuanya.

“Shahrol pernah jumpa saya, dia kata kalau dia tak ajak saya pergi mana-mana program, dia minta maaf. Sebab dia tidak mahu libatkan saya dalam bidang tu juga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, penyampai segmen Team Pagi Suria ini turut memaklumkan, dia dan Shahrol sememangnya sudah faham mengenai komitmen masing-masing dan mereka jelas selesa dengan perkara tersebut.


Kredit foto: IG Shahrol

“Dia juga faham pasal saya. Saya masih lagi cari makan dalam bidang ni dan dia juga tak libatkan saya dalam bidang dia.

“Saya sebenarnya tiada masalah. Nak jumpa atau bersembang pun semua okay. Kami ada je telefon bertanya khabar. Walaupun dia dah masuk bidang politik, ini bukan penghalang untuk persahabatan kami.

“Masa mula-mula dia naik pentas pun saya ada nasihatkan dia pasal cara penyampaian. Saya minta dia kurangkan gagap. Walaupun kita tak selalu jumpa tak semestinya kami gaduh,” akhirinya.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 26-3-2021 03:20 PM
Kesian lah, aku komen ek.
Shiro ni grad apa/mana dan apa experience dia ada? Asal buat ‘amal jariah’ jer terus nak jadi politisyen? So lame!
Quote untoldname 26-3-2021 03:34 PM
Takkan macam tu je trus masuk jadi politician? Senang sangat ke nak masuk? Syarat nya cuma minat?
Quote red_velvet 26-3-2021 03:40 PM
Yang tau taulah.. memang sharol ni suka menghimpit politician pun.....
Quote tompie 26-3-2021 03:43 PM
dia ni partai apa? Bungaraya?
Quote tokchik 26-3-2021 04:17 PM
Penyokong umno
Quote sleepandream 26-3-2021 05:35 PM
suka buat kerja amal boleh join NGO.
politik malaysia ni harini musuh besok jadi kawan.. buat penat je bergaduh...
Quote Redoxon757 27-3-2021 01:42 AM
Kena jadi berita ke ni? Hihu
Quote diggerr 27-3-2021 07:41 AM
Buat laaa apa pun. Janji perut terisi
Quote kakakpositifker 27-3-2021 05:30 PM
huahhh dah mcm kat negara luar lak. artis sibukkkkk nak jadi politician. Peninnnnn
Quote cikuduku 27-3-2021 07:18 PM
Nenasketum replied at 26-3-2021 03:20 PM
Kesian lah, aku komen ek.
Shiro ni grad apa/mana dan apa experience dia ada? Asal buat ‘amal jaria ...

berkat menjalani kehidupan sbg selebriti dia berjaya terjun menjadi politikus.
Quote awexgaban7 27-3-2021 11:19 PM
red_velvet replied at 26-3-2021 03:40 PM
Yang tau taulah.. memang sharol ni suka menghimpit politician pun.....

Jilat baik punya diaaaa
Quote mohdcrow 28-3-2021 05:05 AM
Ramai jer politician berpendidikan tinggi tapi duit hilang jugak
Quote Belibis 28-3-2021 07:06 AM
cikuduku: berkat menjalani kehidupan sbg selebriti dia berjaya terjun menjadi politikus.

Sesuai sangat.bukankah selama ni pun politician adalah pelawak ?
Quote biozipstar 29-3-2021 09:24 PM
oh patutla join bagi barang2 masa kobid kt segamat ritu.. politisen rupanya...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055695 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top