Haiwan perosak seperti tikus, lipas, lalat, cicak dan semut dibolehkan untuk dibunuh kerana mudaratnya yang lebih besar berbanding kebaikan. Bagaimanapun, apabila ada yang menyatakan tindakan manusia yang 'membunuh' haiwan tersebut atas dasar keseronokan, ianya membangkit ketidakpuashatian netizen. Jadi, nak biarkan tikus bermaharajalela ke macam mana? Bersandarkan kata-kata bahawa tikus hanyalah mencari makanan, jadi mereka tidak perlu mati untuk kepentingan manusia dilihat tidak matang. Nama pun haiwan perosak, mereka akan membiak hingga merosakkan alam sekitar. Selain itu, tikus juga dikenali sebagai punca kepada penularan virus dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Antara yang popular ialah kencing tikus yang telah mengorbankan ramai mangsa sebelum ini. Namun, fakta tersebut tidak mampu mengubah pendiriannya. Bagi netizen, pendapat sebegitu mungkin kerana dia tidak pernah terlibat dengan isu haiwan perosak. Bayangkan tikus yang merosakkan perabot, barang peribadi malahan pernah membuatkan stesen minyak tidak boleh beroperasi kerana wayar kabel digigitnya. Jadi, adakah kita perlu meraikan pendapat aneh seperti ini? - CARI |
hasniey replied at 28-3-2021 12:25 PM
Rumah famili ai mmg byk sgt tikus...psg la perangkap setiap hari...jarang la kosong.tp xprnah abes t ...
hasniey: Rumah famili ai mmg byk sgt tikus...psg la perangkap setiap hari...jarang la kosong.tp xprnah abes tikus2 tu...sbb diorg dtg dr kebun.rumah kg biasa l ...
ReginaGeorge: Nanti akak seru satu perumahan ni tangkap tukus hantar kat rumah dia. Boleh la dia belai manja hewan perosak ni {:good
krustykrab: Tangkap tikus byk2 gi htr rumah minah tu...bodo dah nama pun haiwan perosak, pembawa virus..bunuh la utk control..
sharlenetexas replied at 28-3-2021 02:49 PM
Budak ni acah2 pencinta haiwan. Tikus ni pembawa penyakit. Air kencing bahaya boleh sebabkan kematia ...
ADVERTISEMENT