Jika sebelum ini Isa Khan mengamuk dengan pihak media yang dikatakan menuduhnya berbulan madu di Sabah, terbaru dia berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melaksanakan tugas dengan adil dalam meneliti kes itu.
Dia dan isteri, Nur Risteena Munim yang muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada Jumaat untuk diambil keterangan turut memohon maaf di Instagram kepada PDRM sekiranya timbul salah faham dari pihaknya. "Alhamdulillah, setelah memberi kerjasama dengan pihak PDRM, semuanya telah selesai dengan baik. "Saya dan isteri terbukti tidak menyalahgunakan permit yang telah diberikan, di mana saya hanya meluangkan masa bersama isteri di tempat kami menginap setelah selesai urusan kerja," ujarnya. Bagaimanapun, Isa kemudian memuat naik video bersama kenyataannya yang menzahirkan kekesalannya terhadap wartawa mStar kerana mengasak mereka bagi mencari bahan berita. Malah, Isa menegaskan laporan wartawan berkenaan tidak tepat sama sekali dan memberi bayang di gambar terakhir bahawa mereka berada di pihak teraniaya. Posting itu turut dikongsi di Instagram Risteena.
|
mamajawie replied at 27-3-2021 10:07 PM
Shendoonyeh benang akak kemut ni..semua lepaking kat benang JahPurit ke tuu?
ADVERTISEMENT