Beberapa bulan lepas kecoh dimedia sosial mengenai pendedahan dua orang gadis yang mendakwa diganggu anggota polis ketika sekatan jalan raya. Kedua dua kes telah disiasat oleh pihak PDRM dan siasatan serta tindakan sudah pun diambil. Terbaru, seorang lagi gadis yang menggunakan nama Malini Idris mendakwa seorang anggota polis telah mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan kepadanya. Melalui pendedahan di Twitternya, gadis itu menyatakan bahawa dia telah di tahan oleh polis di sekatan jalan raya. Kemudian anggota polis menyoalnya hendak kemana, gadis ini memberi tahu dia ingin menghantar susu Nilofa.
Tambah gadis itu, anggota polis yang bernama "Logan" telah keluarkan kata-kata berbaur lucah. "You perah sendiri ke susu tu". Kemudian, anggota polis dan tentera yang berada disitu ketawa beramai-ramai. Difahamkan, kejadian berlaku di Exit Putrajaya to SKVE/LDP pada pukul 9:05 pagi, 27 March 2021. Gadis terbabit berasa amat malu dan telah "menyeru" pihak PDRM dalam twitnya. Komen warganet Kejadian ini amat memalukan dan telah mencemarkan imej pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dek kerana sikap segelintir anggota yang tidak menjaga etika kerja. Apapun, kes ini perlu disiasat terlebih dahulu dan tindakan keras perlu diambil kepada anggota berkenaan jika benar sebagaimana didakwa. |
u perah sendiri ke susu tu?
codenamedream replied at 28-3-2021 01:15 PM
Apa yng lucahnya?
Lembu punya tetek, bukan A cup ko punya tetek.
aint replied at 28-3-2021 12:38 PM
bole la viral bisnes susu nilopa yg tak laku tu...
taktik agen...
TuntungReturn: lembu pun ada tetek gak
rastaf replied at 28-3-2021 01:03 PM
apa yang lucahnya?? dekat Switzerland pun perah susu untuk dapatkan susu?
ADVERTISEMENT