Seorang wanita menjadi salah seorang individu tertua di dunia yang menjadi ibu apabila menimang cahaya mata pada usia 57 tahun. Barbara Higgins selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Jack, pada 20 Mac lalu.
Bayi milik pasangan Barbara dan suaminya, Kenny Banzhoff dihasilkan menerusi rawatan IVF. Barbara dari New Hampshire, Amerika Syarikat, terlalu berkeinginan menimang bayi selepas kehilangan anak perempuannya, Molly, lima tahun yang lalu. "Saya mula mempunyai impian di mana saya ingin menimang anak, dan saya berfikir ia sedikit gila," katanya.
Pasangan ini yang mempunyai seorang lagi anak bernama Gracie, berkata dengan menimang cahaya mata, ia sedikit sebanyak membantu mereka mengatasi kesedihan. Apa yang menakjubkan, Barbara sempat meluangkan masa di gimnasium sebelum melahirkan bayi lelakinya. Menurut Guinness World Records, Maria del Carmen Bousada Lara memegang rekod sebagai wanita tertua yang melahirkan bayi. Wanita Sepanyol itu berusia 66 tahun ketika melahirkan anak kembar pada tahun 2006. - CARI Sumber: mStar/Dailystar
|
salmon-suki: Ai mtk maaf,ai bukan nak face shaming,tp kenapa muka dia mcm muka undertaker gusti tu ek bila dia lepas rambut tu..?
salmon-suki replied at 29-3-2021 12:38 PM
Ai mtk maaf,ai bukan nak face shaming,tp kenapa muka dia mcm muka undertaker gusti tu ek bila dia le ...
Submitted replied at 29-3-2021 02:07 PM
Aku kena tunjuk berita ni kt bini aku
salmon-suki replied at 29-3-2021 12:38 PM
Ai mtk maaf,ai bukan nak face shaming,tp kenapa muka dia mcm muka undertaker gusti tu ek bila dia le ...
naina replied at 19-5-2021 10:19 AM
Btw dia dah menopouse kan cmne boleh hasilkan telur lagi? Ke telur perempuan lain
Submitted replied at 29-3-2021 02:07 PM
Aku kena tunjuk berita ni kt bini aku
ADVERTISEMENT