Semua pun dah sedia maklum dengan gaya hidup bebas yang diamalkan Alicia Amin. Baru-baru ini model dan pelakon yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan ini dilihat sekali lagi berjaya mencuri perhatian.
Menerusi Twitter, Alicia kata dia berasa hebat bila mabuk dan mempunyai suami. Katanya dia sendiri tak tahu macam mana dia mabuk sebelum ini tanpa suami di sisi. Difahamkan dia rasa bahagia kerana suaminya sentiasa memastikan dirinya selamat dan memastikan dirinya minum air selepas mabuk.
Di ruangan komen ramai yang tak henti mengecam dan susulan itu timbulkan segala soalan yang mempersoalkan tentang agamanya. Namun tambah Alicia dia tak pernah menipu dan tak akan berpura-pura tidak mengambil alkohol semata-mata untuk memuaskan hati orang lain. Dia selesa menjadi dirinya. Tak penat ke tegur Alicia, kalau tak suka tak payahlah tengok. Kata oranglah, tak gitu? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|