Pelawak dan penyampai radio, Issey mendedahkan isterinya ketika ini berada dalam keadaan yang baik meskipun usia kandungannya kini telah mencecah lebih empat bulan.
Jelas Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, buat masa ini, isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan cuma dia dikatakan hilang selera untuk makan menu berasaskan ayam. Katanya lagi, sebagai suami, dia akan melayan apa sahaja permintaan isterinya itu lebih-lebih lagi ketika sedang hamil. “Alhamdulillah isteri saya sihat je ketika ini. Usia kandungannya dah masuk empat bulan lebih. “Buat masa sekarang, isteri saya tiada mengidam apa-apa cuma sekarang ini dia tak nak makan ayam. Saya pun pelik. Nak dekat dua bulan tiada ayam dekat rumah.
“Saya sendiri tak tahu kenapa dia macam tu. Sekarang dia lebih suka makan ikan atau daging. Seafood pun boleh cuma ayam je dia tak lalu. “Jadi, kalau saya nak makan ayam, saya akan makan di luar. Tapi saya tak kisah semua tu. Orang mengandung ni kita layan je apa kehendak mereka,” katanya kepada MH.
|
grosouraus replied at 30-3-2021 12:16 AM
Issey ni mcm Jepp sepahtu...popular byk duit tapi bkn jenis kaki perempuan....pilih isteri pun yg ja ...
prizadane replied at 29-3-2021 02:35 PM
seronok tengok muka anak-anak tiri Issey ni..nampak disayangi. Issey pun nampa genuine ikhlas sayang ...
jijilaaa replied at 30-3-2021 03:58 PM
ni ank 1st dia kan...masa dgn ex bini dulu takde anak rasanya
ADVERTISEMENT