London: Seorang isteri berusia 81 tahun mencipta puisi bagi melembutkan hati kerajaan United Kingdom (UK) supaya meluluskan permohonan visa suaminya warga Mesir berusia 36 tahun.
Iris Jones dari Somerset terbang ke Mesir untuk bersama Mohamed Ahmed Ibriham yang dikahwininya November lalu selepas bertemu dengannya di Facebook tahun lalu. Portal The Sun melaporkan, bagaimanapun, pasangan dilamun cinta itu terpaksa tinggal berjauhan selepas permohonan visa Mohamed untuk tinggal di UK tidak diluluskan. Tidak yakin berapa lama mereka akan berjauhan, Iris berkongsi satu puisi di Facebook mengenai kesusahannya terpisah dengan orang tersayang. Sebahagian daripada puisi itu berbunyi, "kepada pejabat imigresen, tolong lakukan yang terbaik. Beri Mohamad visa, supaya dia dapat meninggalkan Giza untuk rumah kecilku di barat.
"Tidak guna kami menikah, tetapi kerajaan masih terjerat dengan pita berwarna merah (birokrasi)." Katanya, dia bergantung kepada Mohamed untuk menemaninya di banglo di Somerset kerana dia tidak akan kembali ke Mesir untuk kali keempat. Iris mengakui perjalanan sejauh itu sangat mahal dan persekitaran di Mesir tidak sesuai dengan kesihatannya. "Hari-hari saya kini sukar dan menangis sepanjang masa. Saya terpisah dari seseorang yang saya sayangi, sangat sukar. Saya tidak mempunyai masa, peguamnya tahu perkara ini," katanya. Dia menegaskan meminta firma guaman dilantik suaminya melakukan sesuatu dan dia tidak tahu kenapa visa itu lambat diperoleh. Penantian pastinya tidak mudah bagi Iris yang mengatakan dia menderita sakit kepala dan tekanan serta hampir putus asa untuk 'bersatu' dengan suaminya. "Saya akan bertemu doktor untuk mendapatkan surat mengatakan saya mempunyai banyak masalah kesihatan dan memerlukan suami berada di Britain, dengan harapan mereka akan melonggarkan peraturan dan membiarkannya (suami) datang dan menjaga saya," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
bettyboops replied at 29-3-2021 04:08 PM
adakah kerajaan UK can read between the silver line on why this 36 years old man kawen dengan nenek ...
bettyboops replied at 29-3-2021 04:08 PM
adakah kerajaan UK can read between the silver line on why this 36 years old man kawen dengan nenek ...
dubuk replied at 29-3-2021 06:03 PM
ada je cinta sejati macam ni.. korang je yang tak percaya
ADVERTISEMENT